Untung Orang Pahang, Nak Lapangan Terbang Antarabangsa PM Boleh Lulus Serta-Merta

- Advertisement -

KUALA BERA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan betapa beruntungnya rakyat Pahang apabila Perdana Menteri datang dari negeri itu dan setiap permintaan sering dipenuhi.

Perdana Menteri memberitahu ada dua negeri yang memohon pembinaan lapangan terbang antarabangsa tetapi beliau memilih mendahulukan kelulusan untuk Pahang.

“Saya nak bagi contoh, menteri besar selalu sebut dalam mesyuarat majlis menteri besar. Pahang meminta kerajaan pusat untuk bangunkan lapangan terbang antarabangsa.

“Ada dua negeri juga berminat dan saya belum membuat keputusan. Untungnya Pahang, saya Perdana Menteri dari Pahang. Bila buat keputusan saya ‘on the spot’ luluskan lapangan terbang antarabangsa yang akan dibina di Kuantan Pahang.

“Jadi maknanya bila ada kuasa tentulah kita boleh membuat apa saja untuk kepentingan rakyat. Kalau untuk orang Bera tentu saja saya boleh lakukan untuk rakyat di Bera dan Pahang selain di seluruh negara,” ujar Ismail Sabri ketika berucap di majlis sembang santai bersama veteran Umno Pahang di Kampung Tok Langit, malam tadi.

Untuk rekod, pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan di Gebeng dijadual bermula tahun depan dengan kos RM2 bilion dan beroperasi pada 2026.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembinaan lapangan terbang itu juga dibuat dengan rancangan pembangunan bercampur bandar aeroangkasa membabitkan kawasan seluas 5,042 hektar, yang disifatkan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Pahang.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri memberitahu keputusan beliau membubarkan Parlimen adalah bertujuan memberi mandat semula kepada rakyat untuk memilih.

Beliau malah yakin rakyat akan memilih Barisan Nasional (BN) atas jasa dan sumbangan yang ditaburkan selama ini bahkan BN terbukti menjaga kepentingan rakyat berbanding parti lain.

“Semalam Presiden saya (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) di Melaka memberitahu calon Perdana Menteri dari BN tidak berubah, tetap Ismail Sabri dari Bera.

“Saya jadi Perdana Menteri tentunya orang Bera, orang Pahang yang untung,” katanya

Ismail Sabri juga menyifatkan kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menyuntik hikmah yang bermakna.

“Mungkin apabila kita kalah dalam PRU14 lalu, kita kecewa kerana kita kalah, sebenarnya kekalahan itu ada hikmah. Hikmahnya rakyat boleh membuat penilaian kerajaan mana yang boleh diharapkan untuk menjaga kepentingan rakyat.

“22 bulan di bawah Pakatan Harapan (PH) kita tahu betapa sukarnya kita, ekonomi merudum. Dan kita di Bera tak ada apa yang kita dapat selama 22 bulan.

“Lepas itu kerajaan runtuh bermakna kerajaan tidak stabil selepas itu, di bawah Perikatan Nasional (PN) juga kerajaan runtuh hanya 18 bulan dan selepas itu di bawah kepimpinan saya selaku Perdana Menteri kita lihat kerajaan kembali stabil tak pernah berlaku dalam sejarah pembangkang pun menyokong kerajaan,” ujarnya.

Tetapi oleh kerana kerajaan ketika itu dianggap sebagai tidak demokratik kerana mengambil alih tidak melalui pilihan raya jadi beliau memilih untuk membubarkan Parlimen dengan tujuan memberi mandat semula kepada rakyat membuat pilihan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat