Lisa Blackpink: Bagaimana Seorang Rakyat Thailand Mampu Menjadi Ikon KPOP?

- Advertisement -

Industri hiburan Korea bukan lagi sebuah industri yang eksklusif buat warga Korea lagi. Kini, industri hiburan Korea sudah menjadi industri hiburan antarabangsa yang cukup dikenali dunia.

Oleh itu, rata-rata syarikat rakaman Korea seperti YG Entertainment, SM Entertainment dan JYP Entertainment sudah mula meluaskan pengambilan trainees ke beberapa negara Asia, Eropah dan Amerika.

190414_blackpink_resources1_16a4505cc81_large

SUMBER: THE PRESS-ENTERPRISE

Blackpink merupakan kumpulan yang terkenal bukan sahaja di Korea malah di persada antarabangsa. Terdiri daripada 4 orang ahli, 3 daripada ahli kumpulan ini merupakan trainees yang diambil dari luar negara.

Bagi yang tidak mengenali ahli kumpulan Blackpink, ada dua daripada ahli kumpulan ini yang berasal dari New Zealand dan mereka ialah Jennie dan Rosé. Jennie merupakan warga Korea yang dibesarkan di New Zealand, manakala Rosé pula merupakan gadis berbangsa Korea yang lahir dan dibesarkan di New Zealand.

BLACKPINK-BILLBOARD

SUMBER: BILLBOARD

Selain daripada itu, mereka juga mempunyai ahli kumpulan yang berasal dari Korea Selatan sendiri dan beliau dikenali sebagai Jisoo. Namun, apa yang menarik bagi ahli kumpulan ini ialah Lisa, seorang gadis yang bukan sahaja berasal dari Thailand, malah beliau juga berbangsa Thai. Mari kita kenali beliau dengan lebih mendalam!

Siapakah Lisa?

Gadis jelita yang dinobatkan sebagai wanita tercantik Asia pada tahun lepas ini berasal dari Bangkok, Thailand. Dilahirkan pada tanggal 27 Mac 1997, beliau merupakan ahli termuda dalam Blackpink dan dikenali sebagai maknae kumpulan.

Nama asal beliau ialah Pranpriya Manoban. Lisa kemudiannya menukar nama beliau kepada Lalisa yang membawa maksud ‘yang dipuji’, dan sekarang, beliau dikenali sebagai Lisa.

lisa-prada-promo

SUMBER: VOGUE

Gadis Thai yang cukup berbakat ini berusia sekitar 14 tahun ketika beliau mencuba nasib di uji bakat yang dilangsungkan oleh YG Entertainment, sebuah syarikat rakaman gergasi Korea yang melahirkan artis-artis besar seperti 2NE1 dan BIG BANG. Dalam 4000 orang yang menyertai uji bakat, hanya Lisa sahaja yang berjaya dipilih sebagai trainee di YG Entertaiment.

Setelah lebih kurang 5 tahun menjalani latihan, Lisa kemudiannya membuat kemunculan sulung di mata awam dengan kumpulan Blackpink menerusi single hit mereka, Boombayah.

BP soompi

SUMBER: SOOMPI

Menurut sebuah artikel dari billboard tentang lima fakta menarik Lisa, beliau dikatakan lulus cemerlang tiap kali Lisa dan ahli kumpulannya digred oleh pihak YG.

Berbeza daripada industri hiburan yang lain, industri hiburan Korea mempunyai sistem yang unik di mana sebelum menjadi idol, mereka harus menjalani proses latihan dan akan dinilai setiap minggu.

The Jakarta Post

SUMBER: THE JAKARTA POST

Menurut Jennie, Lisa akan mendapat A dalam semua aspek seperti nyanyian, tarian malah rap! Tidak hairanlah apabila beliau dikatakan penari terbaik!

Penari hebat ini juga khabarnya merupakan idol Korea Selatan yang paling banyak followers di Instagram! Sejak artikel ini ditulis, beliau mempunyai sebanyak 41.9 milion followers dan pastinya angka itu akan terus menaik!

Seorang Ikon

lisa blackpink mac campaign

SUMBER: ALLURE

Lisa diberi jolokan Thai Princess oleh para BLINK. Beliau juga khabarnya digelar duta tidak rasmi untuk culture Thailand oleh ahli kumpulannya.

Selain itu, si cantik manis ini juga merupakan seorang ikon fesyen! Umum diketahui, kumpulan ini bukan sahaja berbakat malah mereka juga mempunyai rupa paras yang jelita.

 

Populariti dan juga kecantikan gadis-gadis ini membuatkan jenama-jenama besar seperti Samsung malah jenama fasyen Perancis seperti Chanel, Dior, Yves Saint Laurent dan Celine ingin berkerjasama dengan mereka.

celine-lisa-01-1600806426

SUMBER: HARPER’S BAZAAR

Lisa katanya dipilih sendiri oleh jenama Celine sebagai muse dan telah beberapa kali dilihat mengenakan barangan dari jenama tersebut dalam stail hariannya. Stail-stail ikonik Lisa juga turut disiarkan di majalah berprestij seperti Vogue.

Lisa-Blackpink-Photo-IG

SUMBER: K-POP POST

Sungguh berbakat, berdedikasi serta lengkap dengan kecantikan semula jadi, gadis yang bercita-cita ingin menjadi penyanyi ketika kecil ini, kini merupakan penari utama dan rapper bagi kumpulan Blackpink. Bukan itu sahaja, beliau juga mempunyai suara yang merdu! Setelah bertahun berlatih, apa sahaja yang tidak mungkin, kan?

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat