Bagaimana But Timberland Ini Berjaya Menjadi Ikon Hebat Dalam Dunia Fesyen

- Advertisement -

Dari jalanan hingga ke pentas peragaan, Timberland 6-Inch Boot merupakan salah satu model but yang sentiasa diingati. Ketahanan serta rekaannya yang ikonik menjadi antara faktor mengapa kasut but ini kekal relevan sehingga ke saat ini.

Sejarah but ini bermula pada tahun 1973 apabila Sidney Swartz memperkenalkan model ini untuk kegunaan pekerja pembinaan. Model ini dibuat dengan rapi supaya ia tahan lasak dan dapat bertahan walau dalam apa jua keadaan.

Sedikit trivia. Nama asal syarikat Timberland adalah Abington Shoe Company. Disebabkan populariti but kuning ini, Nathan Swartz (bapa kepada Sidney Swartz) telah menukar terus nama syarikatnya kepada Timberland pada tahun 1973. Perubahan drastik itu dilihat membuahkan hasil kerana nama Timberland lebih catchy senang diingati.

Menjelang tahun 90an, but Timberland ini turut menjadi pilihan artis ternama terutamanya artis dari genre muzik hip hop. Legenda Notorious B.I.G antara artis hip hop pertama yang kerap menggayakan but Timberland sepanjang hidupnya.

Notorious B.I.G

SALAH SATU GAMBAR NOTORIOUS B.I.G BERSAMA BUT TIMBERLAND.

Lama kelamaan, but ini menjadi fashion statement dan turut disarung oleh selebriti terkemuka dunia seperti Kanye West, Jay-Z, Pharrell Williams dan Justin Timberlake. Artis wanita seperti Rihanna dan Gwen Stefani turut menjadikan Timberland sebagai salah satu but yang perlu ada dalam koleksi mereka.

Supreme, Mastermind Japan, The North Face, Bathing Ape dan Off-White merupakan antara jenama besar yang pernah berkolaborasi untuk model Timberland 6-Inch ini.

Mengapa? Kerana ia memang nampak cantik dan cool apabila disarung di kaki selain tahan lasak dan tahan lama.

 

Timberland 6-Inch Boot juga merupakan salah satu kasut but terawal yang waterproof, dan kekal begitu hingga ke saat ini. Sempena ulang tahun ke-47 but kuning ikonik ini, Timberland mahu anda berkongsikan kisah ‘What’s Your Yellow Boot Story’.

Sebagai permulaan, beberapa individu seperti YonniEthan ChuDennis Yin, Azim YusofMasia One dan Fiqrie telah berkongsikan kisah mereka bersama but ikonik ini.

 

Tidak terlupa, Timberland Malaysia mahu anda ‘Selfie with you ICON’ dari 9 November hingga 23 November ini. Caranya mudah sahaja:

Rakam gambar anda dengan Timberland Yellow Boots ini di akaun media sosial anda. Tulis caption dengan hashtag #NatureNeedsHeroes dan tag TimberlandMY untuk menerima voucher beli belah sebanyak RM100. Jadi, ayuh sarung but Timberland ikonik anda!

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat