Pelihara khazanah alam, mekanisme bersepadu perlu diwujudkan – PBM

- Advertisement -

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang sentiasa komited dalam memulihara alam sekitar, biarpun terdapat pelbagai desas desus yang membuat laporan mengenai kerosakkan alam sekitar di negeri itu.

Namun dalam hal ini, Ketua Penerangan Parti Bangsa Malaysia (PBM), Zakaria Abdul Hamid berkata ia dapat diselesaikan melalui penyelarasan, pemantauan, pengumpulan data dan tindakan daripada semua agensi penguatkuasaan di peringkat negeri dan persekutuan.

“PBM berpendapat sudah tiba masanya pihak berkuasa di Malaysia mewujudkan satu mekanisme bersepadu bagi memantau, memulihara dan memelihara khazanah alam supaya langkah-langkah yang lebih berkesan dapat dilaksanakan bagi menjaga warisan semulajadi Malaysia di masa hadapan.

“Penglibatan agensi seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan & Saliran, Jabatan Perhutanan, bersama dengan Agensi Kerajaan Negeri, Pejabat Tanah Daerah dan Majlis Daerah perlu disepadukan bagi membolehkan satu rangka kerja yang lebih efektif dapat diwujudkan, terutamanya bagi mengenalpasti masalah yang akan atau sedang berlaku sekaligus satu perancangan penyelesaian dapat dilaksanakan dengan tepat,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ujarnya, dibawah pentadbiran Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah banyak inisiatif bagi memulihara alam sekitar telah dilaksanakan berbanding pemerintahan terdahulu.

“Kita percaya dengan komitmen dan ketegasan yang telah ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri Pahang dalam mentadbir alam sekitar, kami percaya ia akan dapat mendatangkan impak yang amat positif kepada agenda pemuliharaan alam sekitar yang boleh dicontohi oleh negeri-negeri lain di Malaysia.

“Di sini, kita dapat memberi tumpuan kepada kawasan dan isu tertentu bagi menyelesaikan sesuatu masalah alam sekitar dan berupaya untuk memulihkan kawasan tercemar dan memelihara kawasan yang berada dalam risiko tinggi,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, sebarang aktiviti, termasuk kelulusan baharu untuk pengambilan pasir dan mineral yang boleh menjejaskan Tasik Chini, sudah dihentikan.

Tindakan tegas itu diambil bagi memastikan status Tasik Chini sebagai sebahagian daripada WNBR dapat dikekalkan.

Untuk rekod, pada tahun 2021 seluas 7,611.44 hektar hutan telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal dan seluas 780.94 hektar telah diwartakan sebagai hutan tadahan air.

Ini bagi membaiki fungsi dan peranan koridor ekologi Central Forest Spine yang penting bagi kegunaan tadahan air serta pemuliharaan hidupan dan tumbuhan hutan.

Pahang juga merupakan negeri pertama yang mewujudkan inisiatif “Sempadan Hijau” sepanjang 26.8-kilometer bagi kawasan hutan negeri tersebut yang bersempadan dengan Negeri Kelantan, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor seluas 557.585 hektar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat