Zuki Ali kekal KSN dua tahun lagi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tan Sri Mohd Zuki Ali mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) selama dua tahun berkuat kuasa hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, pelantikan semula Mohd Zuki adalah atas kepentingan negara kerana perkhidmatan beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara masih diperlukan.

“Adalah dimaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perakuan Perdana Menteri melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah memperkenankan pelantikan semula Mohd Zuki Ali sebagai Ketua Setiausaha Negara secara kontrak.

“Mohd Zuki Ali, 60, yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara sejak 31 Disember 2019 merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam,” katanya pada Khamis.

Mohd Zuki berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Nanyang University, Singapura.

Beliau pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Beliau juga pernah bertugas di Istana Negara dan Jabatan Perdana Menteri serta pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Persekutuan Sarawak dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,495FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat