KSM Sahut Cabaran Kurangkan Kadar Penganguran Keluarga Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KSM) berjaya membantu 6,000 pekerja mendapatkan pekerjaan dan 60 peratus daripanya terdiri daripada golongan belia yang memperoleh gaji RM2,000 ke atas.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, menerusi penubuhan HRD Corp Placement Centre (HPC) yang berperanan sebagai platform padanan pekerjaan yang tersedia oleh majikan.

“Sehingga 31 Julai 2022, sebanyak 43,903 peluang pekerjaan tersedia melalui platform ini di mana lebih 6,000 pekerja berjaya mendapat pekerjaan
dalam pelbagai sektor serta 60 peratus (3,600 pekerja) daripadanya adalah dari golongan belia yang memperoleh gaji sebanyak RM2, 000 dan ke atas,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Saravanan menambah, Kerajaan dibawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob menerusi KSM terus proaktif dalam mengurangkan
kadar pengangguran Keluarga Malaysia.

” Antara langkah dan inisiatif KSM dalam mengurangkan kadar pengangguran adalah melalui program-program seperti – Program JaminKerja – Insentif Penggajian yang memanfaatkan pencari kerja dari seluruh negara. Program ini berbentuk insentif kewangan yang diberikan kepada majikan yang membuat pengambilan baharu mulai 1 Januari 2022 dalam kalangan perantis, graduan, golongan mudah terjejas termasuk OKU, bekas tentera, bekas banduan, warga emas serta penganggur.

“Sehingga 29 Julai 2022 sebanyak 120,237 pencari kerja telah berjaya ditempatkan melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh KSM.

“Program Perantisan pada tahun 2021, JaminKerja – Insentif Penggajian diteruskan dengan pemberian insentif RM900 sebulan untuk tempoh 6 bulan kepada majikan yang menggajikan golongan perantis lepasan sekolah dan graduan berumur 18 hingga 30 tahun dalam jawatan eksekutif. Golongan Perantis ini ditawarkan kontrak 6 bulan dengan bayaran gaji pemula berjumlah RM1,500 dan statistik jumlah Program Perantisan JaminKerja – Insentif Penggajian sehingga 29 Julai 2022 adalah seramai 5,932 orang,” katanya.

Selain itu, kata beliau lagi inisiatif PENJANA HRDF memperkenalkan Lima skim yang terdiri daripada Place & Train, B40 Development, SME Development, Industrial Revolution 4.0 dan Gerak Insan Gemilang.

“Skim-skim ini bertujuan membantu rakyat termasuk golongan belia dan graduan untuk meningkatkan kemahiran dalam mendapatkan pekerjaan atau
bekerja sendiri.

” Inisiatif – inisiatif ini turut menyumbang kepada pengurangan kadar pengangguran dalam negara apabila ianya menurun kepada 3.8 peratus pada Jun 2022 berbanding 3.9 peratus pada bulan Mei 2022. Ini merupakan kadar terendah yang dicatatkan sejak pandemik Covid-19 melanda negara,” ujarnya.

Saravanan menegaskan, KSM terus komited dan teguh bersama membantu golongan pekerja.

Justeru katanya, KSM akan meneruskan pelbagai inisiatif serta mewujudkan lebih banyak program serta mekanisme bagi membantu rakyat Keluarga Malaysia mendapatkan pekerjaan dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat