Laporan SPRM ke Atas Timbalan Menteri KBS

- Advertisement -

PERAK: Laporan SPRM telah dibuat oleh Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) hari ini ke atas Timbalan Menteri Belia dan Sukan YB Senator Wan Ahmad Faysyal kerana menyalah guna kuasa ketika berkempen meraih undi bagi jawatan Ketua Armada Malaysia.

Azrul Suhadi bin Ahmad Mokthar berkata, penularan video dimedia sosial jelas menunjukkan Timbalan Menteri itu menyalahguna kuasa yang ada pada dirinya. Didalam video itu Wan Ahmad Fayshal berjanji akan mengeluarkan surat sokongan yang akan dipanjangkan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia bagi tujuan kelulusan sesuatu pemohonan.

“Saya amat kecewa dengan tingkah laku yang ditunjukkan, sebagai pemimpin muda beliau telah membudayakan dan mengamalkan amalan rasuah dan salah guna kuasa bagi mendapatkan sokongan kepentingan peribadi, kata Azrul.

Dia (Wan Ahmad Fayshal) selama ini terkenal dengan lantang bersuara menolak amalan salah guna kuasa dan rasuah, tetapi selepas mendapat jawatan Timbalan Menteri lain pula jadinya. Tanpa segan silu berjanji akan menggunakan kuasanya sebagai imbuhan dan balasan jika mengundi beliau sebagai Ketua ARMADA Malaysia.

Putra Perak amat merasa kecewa kerana parti Bersatu yang selama ini kononnya memperjuangkan anti rasuah dan menolak kleptokrasi tetapi di dalam pemilihan parti mereka sendiri melalui ucapan secara terang terangan mengamalkan kleptokrasi. Parti Putra menentang budaya dan amalan Rasuah dikalangan pemimpin Politik Malaysia, katanya.
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat