Mahathir Umpama Bayi Kecil Sedang Merengek

- Advertisement -

 

Oleh: Ir Muhammad Lukman Muhammad

1. DALAM Al-Quran, Allah SWT telah khabarkan bahawa sesiapa yang dipanjangkan usianya, dia akan dikembalikan kepada asal kejadiannya (sama seperti ketika bayi)

2. Allah SWT berfirman dalam Surah Yassin ayat 68 yang bermaksud: “Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?”

3. Kerana itulah kita biasa melihat orang yang terlalu tua sangat beremosi, terkadang sukar difahami, banyak kerenah dan lemah fizikalnya sepertimana seorang bayi.

4. Tun M telah mencapai segala-gala dalam hidupnya. Beliau diiktiraf dunia sebagai negarawan ulung yang sukar dicari ganti. Masakan tidak, beliau telah menjadi orang yang paling berkuasa di Malaysia sebanyak 3 kali (PM4, PM7 dan PM7.5). Tidak pernah dalam sejarah politik mana-mana negara dunia, seseorang ahli politik dilantik menjadi PM sebanyak 3 kali.

5. Beliau juga telah mendapat pelbagai pangkat dan gelaran termasuk yang tertinggi di Malaysia iaitu gelaran Tun

6. Semua juga maklum, Tun M dan ahli keluarganya amat kaya. Anaknya Tan Sri Mokhzani Mahathir merupakan billionaire muda yang pernah disenaraikan sebagai antara 10 orang terkaya di Malaysia pada tahun 2014 dengan kekayaan RM4.22 Billion (Majalah Malaysian Business).

7. Mirzan Mahathir pula menguasai pelbagai syarikat gergasi Malaysia. Pada tahun 2011, beliau muncul sebagai Pengarah Syarikat San Miguel Corp, syarikat konglomerat makanan terbesar di Filipina yang juga terlibat dengan perniagaan arak.

8. Datuk Seri Mukhriz Mahathir, walaupun kelihatan sederhana dan biasa-biasa sebagai ahli politik yang mesra namun turut mengumpul kekayaan yang tidak dapat kita bayangkan jumlahnya.

9. Pangkat, kuasa dan kekayaan semuanya telah dimiliki Tun M. Apabila beliau mengumumkan niat untuk menubuhkan satu parti baru untuk merampas semula Putrajaya daripada PN, saya melihatnya umpama seorang bayi kecil yang sedang merengek-rengek.

10. Susu, tidur, mandi dan segalanya telah diberi. Semua orang telah kehilangan punca. Apa lagi yang diingini bayi kecil ini!

 

Nota: Penulis adalah merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan pandangan tidak semestinya mewakili pendirian SuaraTV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat