MTUC, MEF Beri Reaksi Berbeza Keputusan Lanjut PKP 3.0

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran mengkaji semula pelaksanaan sekatan pergerakan penuh secara menyeluruh bagi mengenai pasti punca kegagalan melandaikan penularan COVID-19 sejak ia dikuatkuasakan mulai 1 Jun lalu.

Penilaian semula itu perlu menitikberatkan aspek kebenaran beberapa sektor ekonomi beroperasi berikutan kewujudan banyak kluster tempat kerja yang menyumbang pertambahan angka jangkitan harian COVID-19.

Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abd Ghani, berkata kerajaan perlu bertindak lebih tegas dengan menarik semula kebenaran sektor ekonomi yang tidak dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu daripada terus beroperasi.

“Sepatutnya kerajaan laksanakan betul-betul ‘total lockdown’ selama 14 hari dan hanya perkhidmatan perlu dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh berkenaan. Keadaan sekarang sepatutnya bukan alasan untuk melanjutkan sekatan pergerakan.

“Kerajaan tak boleh beri kebenaran walaupun ada sektor yang mengemukakan rayuan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), selain banyak syarikat dikatakan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika beroperasi hingga menyebabkan lebih banyak kluster tempat kerja.

“Ini hanya akan menjurus kepada persoalan sampai bila total lockdown ini akan terus dilanjutkan, jika keadaan terbabit tidak ditangani segera,” katanya kepada BH, hari ini.

Beliau mengulas pengumuman terbaharu kerajaan berhubung pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berikutan jumlah kes harian COVID-19 masih tinggi, berkuat kuasa mulai 15 hingga 28 Jun depan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan, menyuarakan pandangan berbeza apabila menyifatkan pelanjutan itu sebagai tindakan wajar dilaksanakan kerajaan.

“Walaupun ia amat berat bagi syarikat meneruskan kelangsungan, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mikro, pelanjutan ini amat perlu bagi memastikan rantaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.

“Kerajaan juga perlu menambahkan bantuan menerusi pakej rangsangan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) dengan dana tambahan sekurang-kurangnya RM40 bilion supaya PKS dan mikro dapat terus bernafas dan membantu untuk menstabilkan pasaran buruh,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat