Polis Tahan 4 Ahli Kongsi Gelap Guna Surat MITI Rentas Negeri Untuk Merompak

MELAKA – Seorang ahli perniagaan mengalami kerugian kira-kira RM1.2 juta selepas disamun sekumpulan empat lelaki ahli kongsi gelap Geng 36 di kediamannya di sebuah kondominium di Klebang, 5 Jun lepas.

Ketua Polis Melaka Abdul Majid Mohd Ali berkata, dalam kejadian 8.30 malam itu, mangsa yang berusia 54 tahun bersama isterinya, 42, diikat dan diacukan parang namun pasangan itu dan dua anaknya masing-masing berusia 8 dan 9 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, kumpulan suspek berkenaan kemudian melarikan pelbagai barangan peribadi milik mangsa seperti barang kemas, koleksi pedang, wang tunai dan sebuah kereta Range Rover selepas kira-kira lima jam menggeledah rumah mangsa.

“Kumpulan penjenayah itu memasuki Melaka dengan menaiki dua kenderaan, iaitu Toyota Hilux dan Vellfire untuk menyamun mangsa yang sebelum ini menjadi sasaran mereka manakala senjata parang yang digunakan dalam kejadian itu diperoleh di rumah mangsa.

“Kumpulan penjenayah itu masuk ke rumah mangsa melalui pintu hadapan selepas mangsa membuka pintu dan keempat-empat mereka tidak memakai topeng ketika melakukan samun,” katanya pada sidang media hari ini.

Mengulas lanjut Abdul Majid berkata, susulan kejadian itu, satu pasukan khas ditubuhkan bagi mengesan penjenayah terlibat dan lima lelaki berusia 27 hingga 37 tahun berjaya ditahan dalam satu serbuan di Bandar Baru, Sri Petaling, Kuala Lumpur, kira-kira 3.45 petang pada 7 Jun lepas.

Siasatan awal mendapati ahli Geng 36 itu memasuki Melaka menggunakan surat kebenaran pergerakan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atas urusan perniagaan sekuriti.

“Satu daripada kenderaan yang digunakan suspek juga mempunyai dua pelekat yang dicetak dengan lambang menyerupai logo polis, dipercayai untuk mengaburi aktiviti jenayah yang dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, semua suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah serta dadah dan semua mereka ditahan reman selama lima hari sehingga esok.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan satu rompakan berkumpulan dan Seksyen 379A KK kerana curi kenderaan. – Bernama

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

Zahid Sembah Kepada Agong, UMNO Tinggalkan Kerajaan 1 Ogos 2021?

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kepada Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan...

Berita Berkaitan

Lelaki Rebah Di Restoran Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung – Polis

PETALING JAYA - Lelaki yang rebah di sebuah restoran di Taman Sri Bintang, dekat sini petang semalam disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Kejadian yang...

EU Tidak Bolot Vaksin, Lebih 5 Juta Dos Vaksin Disumbangkan Kepada Malaysia – Michalis Rokas

PUTRAJAYA – Kesatuan Eropah (EU) menyangkal dakwaan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar kononnya blok itu membolot vaksin. Dutanya ke...

Polis Rakam Kenyataan Peguam Berkaitan Isu Keputusan Mahkamah Boleh Diatur

SEPANG - Polis telah merakam kenyataan tiga individu susulan satu laporan polis, setelah seorang peguam dikatakan mendakwa keputusan mahkamah boleh diatur. Ketua Polis Daerah Sepang,...