Menyusuri terusan di Venice Utara

BUNGA tulip, kincir angin, terompah kayu dan susu Cap Junjung begitu menarik perhatian untuk menjadikan Belanda sebagai antara destinasi impian dan pada 2014, penulis berpeluang merealisasikan impian bercuti ke negara itu.

Pada hari pertama, pemandu pelancong yang dikenali sebagai Maria membawa kami ke Canal Ring iaitu lingkaran terusan yang di tebingnya banyak bangunan bersejarah abad ke-17 dengan seni bina indah.

Terdapat tiga terusan yang popular di Amsterdam iaitu terusan Herengracht, Prinsengracht dan Keizersgracht. Ada ratusan jambatan melengkung merentasi terusan sehingga Amsterdam mendapat jolokan Venice Utara.

Menyusuri terusan Singel, terdapat bangunan bersejarah yang unik, ‘kurus’, tinggi, bertangga sempit dan curam, di bahagian atas bangunan ada takal atau cangkuk untuk memudahkan mengangkat barang dagangan dari tongkang atau bot melalui terusan.

Maria memberitahu bangunan dibina sedemikian rupa kerana pada abad itu, tanah di sana sangat mahal dan pembeli terpaksa membayar cukai bergantung pada saiz tanah.

Ada juga rumah bot yang dihiasi bunga ditambat di pinggir terusan untuk dijadikan kediaman atau disewakan kepada pelancong.

Agak lucu juga melihat penunggang yang memakai pakaian penuh bergaya, sut/kot menunggang basikal. Di tebing terusan juga banyak disediakan tempat letak basikal dan ada juga yang merantai basikal di pagar jambatan.

 

AMSTERDAM mendapat jolokan Venice Utara.
AMSTERDAM mendapat jolokan Venice Utara.

 

 

PENULIS (dua dari kanan) bersama rakan serombongan di kawasan
PENULIS (dua dari kanan) bersama rakan serombongan di kawasan

 

Seterusnya kami singgah di pasar bunga terapung, Bloemenmarkt yang wujud sejak 1862. Di sini terdapat pelbagai bunga terutama tulip, benih bunga dan cenderahati.

Maria membawa kami ke restoran Nyonya yang dimiliki warga Malaysia. Pelbagai makanan Malaysia dijual di sini dan banyak artikel akhbar mengenai restoran ini dipamerkan di dinding restoran.

Sementara rakan berehat sambil minum, kami singgah di kedai cenderahati berhampiran dan terkejut apabila Maria mengingatkan supaya berhati-hati memilih cenderahati kerana terdapat barang yang kurang sesuai untuk dibawa pulang.

Pada sebelah petang sebelum pulang ke hotel, kami singgah makan di Restoran Wau yang menawarkan pelbagai makanan Malaysia. Kami bertemu ramai pelajar Malaysia yang sedang bercuti dan sempat beramah mesra dengan mereka.

Keesokan pagi kami ke Taman Tulip Keukenhof yang juga dikenali sebagai The Garden of Europe berkeluasan 32 hektar dan terdapat kira-kira tujuh juta bunga tulip ditanam di sini di samping bungan lain termasuk sakura serta orkid.

Sepanjang perjalanan ke Lisse, kami disajikan pemandangan hamparan bunga tulip. Dari kejauhan ia bagaikan permaidani berwarna-warni terbentang melitupi bumi.

Penyambut tetamu berpakaian tradisi ‘Dutch Lady’ menyambut kehadiran kami di Keukenhof, sementara mesin muzik pula memutarkan lagu rancak sehingga mengundang beberapa kanak-kanak menari sekali gus menceriakan suasana.

 

MENIKMATI keindahan bunga tulip di Taman Tulip Keukenhof.
MENIKMATI keindahan bunga tulip di Taman Tulip Keukenhof.

 

PELBAGAI cenderahati menarik.
PELBAGAI cenderahati menarik.

 

Taman ini hanya dibuka setahun sekali iaitu dari pertengahan Mac hingga pertengahan Mei. Kami bertuah ke sana pada April kerana bunga tulip sedang berkembang dengan sempurna.

Di sini juga ada banyak replika ikonik Belanda seperti kincir angin, terompah kayu gergasi, lembu dan keju besar berbentuk donat menambah seri taman.

Destinasi seterusnya kami dibawa ke Zaanse-Schans iaitu sebuah perkampungan tradisi Belanda.

Tidak lengkap rasanya melancong ke Belanda jika tidak singgah di sini kerana ia bolehlah dikatakan seperti sebuah muzium terbuka yang memaparkan suasana kehidupan masyarakat tempatan pada abad ke-17.

Banyak maklumat mengenai kincir angin di sini dan dengan sedikit bayaran pelancong dibenarkan masuk ke dalam kincir untuk mengetahui lebih lanjut aktiviti yang dijalankan.

Seterusnya kami dibawa melihat pembuatan terompah (clog shoes) yang dihasilkan secara tradisional.

Kemudian kami ke tempat penjualan pelbagai jenis perisa keju ada di sini dan turut dipelawa merasa keju yang dipotong kecil.

Pelbagai pengalaman kami lalui sepanjang bercuti di sini, yang kadangkala tidak terjangkau dek akal dan agak mengejutkan dalam memahami budaya dan cara hidup orang Belanda.

Harian Metro

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

SD Bukan Sokong Hisham TPM, Cuma Elak Kami Kena Jual – Ahli Parlimen UMNO

CYBERJAYA: 29 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional bertindak menandatangani Akuan Berkanun (SD) memberi mandat kepada Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien sebagai...

Berita Berkaitan

‘Ada yang menangis tiada duit beli makanan’

KUALA LUMPUR: Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan ketidaktentuan bila penularan COVID-19 pulih, penggiat muzik seperti penyanyi, pemuzik dan pengkarya yang mencari...

Video Tiktok pertama Avril Lavigne dapat reaksi luar biasa

Los Angeles: Penyanyi Avril Lavigne, 36, membuka akaun TikTok rasminya dan menerima reaksi luar biasa daripada peminat seluruh dunia menerusi video pertamanya. Video terbabit menampilkan...

Acong tak malu berniaga manisan

KUALA LUMPUR: Enggan berpeluk tubuh ketika sedang bergelut meneruskan survival, artis serba boleh, Acong Sweetchild mencari pendapatan lain dengan berniaga manisan. Vokalis kumpulan Sweetchild itu...