HUAWEI MatePad Pro tingkat gaya hidup seharian pengguna, hanya RM3,999

- Advertisement -

PENGGUNAAN tablet kian menjadi keperluan setiap individu berikutan saiz dan spesifikasi ditawarkan memudahkan pengguna dalam aktiviti seharian.

Oleh itu, jenama terunggul dalam dunia HUAWEI, mengambil peluang menghasilkan tablet berkualiti dengan prestasi terbaik bagi setiap individu untuk membuat kerja, berhibur dengan HUAWEI MatePad Pro.

Ia bukan sahaja direka dengan reka bentuk mudah alih dan canggih malah dijamin menjadi pilihan utama pengguna.

Tablet luar biasa ini mampu membantu memudahkan pengguna membuat kerja dengan lebih cekap, mampu mewujudkan interaksi yang bermakna serta berhibur.

Oleh itu, mengapa HUAWEI MatePad Pro perlu dimiliki oleh setiap individu? Berikut enam sebab tablet ini bakal menjadi pilihan anda.

1. Pengalaman menonton yang mengujakan

Dihasilkan secara khusus untuk keperluan tablet pada masa depan, HUAWEI MatePad Pro didatangkan dengan reka bentuk langsing dilengkapi dengan paparan 12.6 inci dan skrin OLED dengan resolusi 2560 x 1600 piksel.

Tablet ini turut hadir dengan saiz 90 peratus nisbah skrin-ke-badan terbesar dengan bezel 5.6mm ultra sempit mengelilingi paparan penuh simetri.

Tablet ini ini bakal melengkapkan gaya pengguna kerana direka dengan bingkai lengkung mikro halus ergonomik yang membantu cengkaman tangan lebih selesa, dan berat tablet ini hanya 609 gram tersedia dalam warna Matte Grey.

2. Hiburan imersif berdasarkan permintaan

Image

Paparan peranti adalah antara aspek utama bagi pemilihan tablet bagi memastikan keselesaan pengguna.

Dengan paparan 2.5K QHD dan gamut warna tahap filem DCI-P3, pengguna bakal menikmati pengalaman seolah-olah menonton filem blockbuster, kerana perincian warna serta paparannya.

Image

Tidak terkecuali, penambahbaikan teknologi paparan HUAWEI ClariVu dengan mod keselesaan mata dapat membantu mengoptimumkan proses pemain semula video, semak imbas gambar lengkap dengan senario permainan bersama.

Menariknya, pengguna boleh menikmati video, filem dan rancangan televisyen kegemaran di platform hiburan seperti Netflix, YouTube, Astro GO dan banyak lagi di HUAWEI AppGallery dan Petal Search Widget.

Pengguna pasti teruja dengan pengalaman audio pada tablet ini yang setanding seperti ‘home theater’ menerusi lapan pembesar suara diselaraskan oleh Harman Kardon®️ Audio.

3. Pengalaman sambungan luar biasa dan lancar

Image

HUAWEI MatePad Pro turut menyokong spesifikasi multi tetingkap, pengguna boleh membuka dan menggunakan dua tetingkap pada satu masa.

Aplikasi pengganda juga akan diaktifkan secara automatik ketika menyesuaikan orientasi aplikasi kerana tidak semua aplikasi dapat menyokong mod landskap.

Tablet ini turut memiliki ciri HUAWEI Share yang menawarkan kolaborasi multiskrin untuk memaparkan skrin telefon pintar pada paparan MatePad Pro dengan peranti lain.

Mod ini akan memudahkan pengguna menghantar fail melalui dua peranti berbeza melalui cara ‘drag’ dan ‘drop’.

Dengan menggunakan ciri kolaborasi merentas peranti, pengguna boleh  menyalin dan menampal kandungan, melihat, menyunting dan berkongsi fail, gambar dan teks dengan mudah di kedua sisi.

Produktiviti pengguna dapat ditingkatkan melalui perincian ini seperti menyemak maklumat antara aplikasi berita atau menghadiri perjumpaan maya pada satu aplikasi sambil mencatat nota.

4. Kreatif dengan HUAWEI M-Pencil (Generasi kedua)

Lebih menarik, setiap tablet HUAWEI MatePad Pro dilengkapi dengan HUAWEI M-Pencil (Generasi kedua) yang membolehkan pengguna menulis atau melukis dengan lebih selesa.

Saiz pensil adalah serendah 9ms dan mempunyai 4096 kepekaan tekanan serta kecondongan direka khas memberi pengguna pengalaman menulis dan melukis secara semula jadi seperti menulis di atas kertas.

M-Pencil ini turut menyokong ketukan berganda untuk menukar mod, membolehkan pengguna mengetuk dua kali untuk beralih ke mod pemadam untuk membuat sebarang perubahan.

Ia turut dilengkapi fungsi hebat lain seperti ‘Instant Shape’ dan ‘Instant Table’ secara automatik dapat membantu pengguna melukis bentuk.

Pengguna boleh memanfaatkan mod ini untuk produktiviti kerja lebih baik dengan menggunakan aplikasi WPS, Microsoft Office dan Notes.

Image

Selain itu, pengguna dapat meneroka aplikasi lain yang disusun di HUAWEI AppGallery merangkumi kategori seperti permainan, pendidikan, gaya hidup, utiliti serta banyak lagi.

Bagi pengguna yang lebih kreatif serta artistik, tablet ini turut sesuai digunakan untuk menyunting video aplikasi TikTok dengan mudah.

5. Prestasi tablet mantap

Image

Tablet ini juga didatangkan dengan pemproses Kirin 9000E, prestasi cipset terbaik pada teras HUAWEI MatePad Pro.

Prestasi tablet ini nyata cukup luar biasa, kerana ia disokong oleh RAM hingga 8GB dan ROM 256GB untuk memastikan penggunaan lancar serta kapasiti bateri 10050mAh yang besar untuk jangka hayat bateri sepanjang hari.

HUAWEI MatePad Pro juga dilengkapi dengan storan dalaman 8GB (RAM) + 256GB (ROM), mampu menyokong pelbagai aplikasi permainan termasuk Asphalt 9, Mobile Legend, PUBG atau Genshin Impact.

Ciri ini memberikan prestasi yang lebih hebat daripada sebelumnya dan mampu menyokong tugas produktiviti harian, serta keperluan multimedia pengguna.

6. Freebies Hebat

Image

HUAWEI MatePad Pro tersedia untuk pra-pesanan pada harga RM3,999 dari sekarang hingga 17 Jun 2021 di kedai atas talian HUAWEI,  Lazada dan Shopee.

Pra-pesan HUAWEI MatePad Pro boleh dibuat di HUAWEI Experience Store terdekat dan setiap pesanan akan dihantar secara terus ke rumah anda.

Pengguna juga bakal menikmati hadiah percuma luar biasa bernilai hingga RM1,747 dengan setiap pembelian tablet, tertakluk kepada ketersediaan stok.

Setiap pembelian tablet, bakal menerima hadiah percuma termasuk HUAWEI M-Pencil (Generasi Kedua), Papan Kekunci Pintar Magnetik HUAWEI, Ransel Klasik HUAWEI, 50GB HUAWEI Cloud Storage selama tiga bulan dan akses VIP HUAWEI video selama satu bulan.

Pra-pesan sekarang dan anda berpeluang memenangi HUAWEI MatePad Pro percuma, layari laman web HUAWEI untuk maklumat lanjut!

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,582FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat