‘Jejak Rasul imbau semula sejarah Melayu Islam di Malaysia’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pengacara Jejak Rasul, Ahmad Fedtri Yahya mengakui paparan berkenaan Masjid Agong Kota A Famosa yang disiarkan menerusi program terbabit baru-baru ini, mempunyai hikmah tersendiri.

Fedtri berkata, semakin ramai pihak kini celik mata terhadap isu sejarah Melayu dan kembali bercakap mengenainya.

“Alhamdulillah, ada hikmahnya. Paparan ini tular dan banyak pihak hubungi saya kerana mereka baru tahu apa yang berlaku.

“Kiranya, ini adalah sumbangan Jejak Rasul juga untuk sejarah Melayu Islam di negara kita,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu Fedtri menerusi Tik Tok akaunnya menyiarkan sedutan program berkaitan Masjid Agong yang dikatakan terletak di bawah Porta de Santiago (pintu gerbang) kota ini yang mendapat respon luarbiasa pengikutnya.

Ia mengundang salah faham dari sentimen agama sehingga mereka menggesa agar pintu gerbang ini dirobohkan.

Bagaimanapun Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Mohd Nasruddin Rahman menerusi kenyataannya dalam Harian Metro berkata, kawasan Kota A Famosa sememangnya luas dan mengelilingi bukit selain mempunyai lima pintu di kawasan sekitar.

“A Famosa dibina di atas runtuhan masjid, itu betul jawapan saya. Untuk makluman daripada sumber yang ada (sama ada Portugis atau Melayu) sememangnya ada menyebut berkaitan kewujudan masjid terbabit.

“Tetapi ia (kedudukan masjid) dipercayai terletak di kawasan Bulatan Kancil berhampiran Bangunan Stadthuys menghadap ke Sungai Melaka. Ia masih di bawah kawasan Kota A Famosa bukannya di Porta de Santiago,” katanya

Fedtri mengakui penceritaannya di Tik Tok bertujuan untuk menarik minat pengikutnya terhadap isu terbabit.

“Bila buat gambar yang lain, orang tak rasa. A Famosa kan kawasannya luas. Namanya pun Kota A Famosa. Kota maksudnya benda yang luas.

“Ketika itu pun orang belum tengok lagi program yang disiarkan pada petang Sabtu lalu. Jadi sebagai pengenalan, saya buatlah klip ini yang disiarkan di Instagram pada Jumaat.

“Senang kerana bila nampak ikon gambar Porta de Santiago orang akan bayangkan Kota A Famosa,” katanya.

Menurut  Fedtri, mungkin berlaku salah faham kerana masyarakat apabila menganggap A Famosa ialah dalam bentuk yang ada sekarang.

“Fakta sejarahnya, A Famosa ialah satu kota yang sangat luas yang sudah runtuh. Sebenarnya, ada video bahagian demi bahagian tapi orang tak tengok yang berikutnya.

“Biasalah di laman sosial, dapat satu benda terus buat rumusan. Padahal mereka tak ikut pun siri demi siri. Ia kerana durasi tayangan yang terhad untuk diterangkan.

“Bila sebut A Famosa orang akan ingat Forta de Santiago, tapi penjelasan ilimiah ada dalam Jejak Rasul,” katanya.

Mereka yang terlepas menyaksikan episod menarik ini boleh menonton semula menerusi saluran YouTube TV3.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat