Perut makin ke depan,Will Smith nak kurus

- Advertisement -

Los Angeles :Bintang Hollywood, Will Smith bercadang untuk menurunkan berat badannya selepas mengalami perubahan drastik sejak pandemik Covid-19 bermula.

Smith berkata, walaupun menyukai tubuh badan sekarang, namun dia mahu kelihatan lebih baik dan sihat. “Tubuh ini yang saya bawa sepanjang pandemik kerana kekerapan saya masuk ke dapur.

“Saya suka tubuh saya sekarang, tetapi saya mahu rasa lebih baik. Katakan tidak pada muffin pada waktu tengah malam. Saya ingin dapatkan bentuk tubuh terbaik sepanjang hidup saya,” tulisnya di media sosial.

Terdahulu, Smith memuat naik gambar yang menampakkan perutnya dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Smith juga memberitahu dia kini memiliki bentuk tubuh paling teruk sepanjang hidupnya.

Tambahan pula, bintang berusia 53 tahun itu jarang tampil dalam keadaan yang berisi.

Smith berkata, dia akan mendokumenkan perjalanannya menurunkan berat badan dan memuat naik ke YouTube.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat