UMNO Perlu Bangkit Semula, Kestabilan Kuncinya – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ketua Bahagian UMNO Sembrong, Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussein berharap UMNO perlu bangkit dan berdiri kukuh semula selepas peristiwa hitam kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lepas.

Katanya, bagi merealisasikan hasrat tersebut, kestabilan adalah kuncinya.

Hishammuddin berkata demikian sempena sambutan ‘Jubli Intan’ ulang UMNO tahun ke-75 pada hari ini.

Menurut Hishammuddin yang juga Bendahari Barisan Nasional (BN), UMNO yang kini sudah berusia 75 tahun berjuang, banyak kisah susah senang, pengajaran dan tauladan patut menjadi pengajaran kepada ahli-ahlinya.

“Sudah 75 tahun usia perjuangan nilai dan makna UMNO. Banyak kisah susah senang, pengajaran dan tauladan.

“Yang pasti dalam mencoret jalan ke hadapan untuk parti, ia mesti menjadi iltizam setiap daripada kita. UMNO mesti bangkit dan kukuh semula. Kestabilan ialah kuncinya. Agama, bangsa dan negara ialah kiblatnya.

“Ikhlaskan diri dalam menggagahi ikhtiar ini. InsyaAllah, semoga Allah SWT meredhai perjuangan kita semua. Selamat ulangtahun ke-75 UMNO!” katanya melalui Facebook. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat