Kematian/Jangkitan Terus Meningkat Tapi Trump Mahu ‘Membuka’ Semula Amerika

- Advertisement -
AMERIKA SYARIKAT: Tindakan Presiden Donald Trump dalam mengendalikan krisis Covid-19 di negara tersebut, terus mendapat kritikan dan kecaman, lapor CNNTerbaru, bila beliau mahu rakyat Amerika kembali bekerja minggu hadapan ketika pakar terkemuka mengenai penyakit berjangkit negaranya sendiri mahu tindakan lockdown yang dilaksanakan sekarang, diteruskan.

Menurut pakar dari CDC, Dr. William Schaffner, model agensi tersebut menunjukkan tindakan lockdown dan penjarakkan sosial ini perlu diteruskan sehingga bulan Jun (dari bulan Mei sebelum ini). Trumph mahu rakyatnya kembali bekerja minggu depan, pertengahan April!.

Sebelum ini, pentadbiran Trump berulang kali memandang rendah bahaya Covid-19 ini dan seterusnya dikatakan tidak mengambil langkah yang sewajarnya lebih awal bagi membendung penularan wabak tersebut.

Malah, awal bulan Mac lepas, Trump dan beberapa pegawai kanannya berulang kali membayangkan atau mengatakan secara terus bahawa wabak Covid-19 di Amerika Syarikat telah berjaya dikawal.

Dengan jumlah kes disahkan di New York sahaja mengatasi jumlah kes mana-mana negara di dunia, ternyata dakwaan Trump bahawa wabak berkenaan berjaya di kawal, tidak benar.

Hanya awal bulan ini sahaja Trump mula mengubah nadanya berhubung penularan wabak tersebut dan setelah kematian mula melepasi angka 10,000 orang. Itupun, dari mengaku kesilapannya, beliau menyalahkan WHO kerana kononnya badan dunia itu mengkritik keputusan negara itu menghalang kemasukan warga China ke Amerika Syarikat pada hujung Januari.

Rekod bagaimanapun menunjukkan, WHO tidak pernah mengkritik tindakan Amerika Syarikat menutup sempadannya kepada rakyat China seperti yang di dakwa Trump.

Tindakan Trump ini mengingatkan kita kepada pentadbiran lama yang tidak mengambil berat bahaya virus berkenaan sekalipun pada masa yang sama. China telah mula mengurung lebih 30 juta rakyatnya sendiri. Lebih teruk dari Trump lagi, ketika kes pertama di kesan di negara ini pada 24 Januari, masih tiada langkah menyekat kemasukan rakyat China ke negara ini, malah kemasukan mereka dialukan pulak lagi, kononnya sihat.

Kita cuma beruntung dari rakyat di Amerika Syarikat kerana berlaku perubahan kepimpinan kerajaan pada 1 Mac setelah Perdana Menteri baru mengangkat sumpah. Pentadbiran yang baru (disokong UMNO dan PAS) tidak menunggu lama untuk mengambil langkah tegas bagi menyekat penularan Covid-19 dan membantu rakyat menghadapi impak dari langkah tersebut = antaranya seperti memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pakej rangsangan ekonomi RM 250 billion dan sebagainya.

Jika puak itu masih memerintah agaknya, bukan sahaja rakyat negeri yang itu saja, satu negara pun kena ikat perut juga.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat