Kluster Kayangan & Kluster Selangor Mansion, Setaraf Saja Rupanya

- Advertisement -

DARI satu segi, COVID-19 ini mungkin hanya satu nama tapi satu nama inilah yang mendedahkan banyak warna sikap manusia, di dunia dan di negara kita.

Yang acah-acah popular, yang acah-acah kaya, yang asal memang tak bertamadun dari segala segi, semuanya ditunjukkan pada waktu yang sama.

Benarlah hidup tidak akan serupa lagi selepas ini.

Rakyat dikejutkan dengan tindakan pendatang asing melempar segala macam jenis benda termasuk air kencing mereka sendiri ke arah pihak berkuasa yang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), di bangunan Selangor Mansion.

Itu -pendatang asing.

Rakyat sendiri pulak, terutama yang baru balik dari luar negara, ada sikap buruknya juga. Menghina, berlagak dan segala macam sikap yang tidak seperti manusia normal, ditrunjukkan – sekali lagi kepada pihak berkuasa yang wujud disitu untuk menjaga keselamatan mereka yang perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari..

Jadi dimanakah lainnya dua kelompok yang sepatutnya berbeza ini?

Sebetulya kedua golongan ini setaraf saja sebenarnya. ‘Aksi’ masing-masing tu saja yang berbeza (satu lempar air kencing, satu lempar caci maki) tapi dari segala segi, mereka serupa. Malah kalau dihimpun sekali dalam satu bumbung, akan membentuk kelompok masyarakat yang saling “faham memahami”.

Nak-nak bila difahamkan, ada dari kalangan kluster kayangan ini rupanya yang mengambil kesempatan dari harga tiket murah, diskaun sana sini, dikala wabak sedang melanda, untuk melancong ke luar negara – kayangan sangatlah kau ya tunggu diskaun baru nak melancung.

Jadi apa perasaan sekarang? Acah-acah kluster kayangan lah sangat tapi rupanya-rupanya hampir tidak ada beza dengan pendatang asing yang lempar air kencing sendiri itupun.

-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat