Hadi anggap kerajaan tak kenang budi mansuh pencen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sepatutnya perkhidmatan seseorang penjawat awam itu dinilai dari segi jasanya bukan dari aspek penilaian kewangan sahaja.

Sebaliknya kata Presiden PAS, jasa perkhidmatan penjawat awam kepada negara dan masyarakat tidak boleh dipandang remeh dan dinilai dengan aspek perbelanjaan sahaja kerana ia berkait dengan amal soleh, jasa dan budi yang tidak dapat diletakkan dengan harga bayaran duit terhadap jasanya kepada agama, rakyat dan negara.

Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan, walaupun seseorang penjawat awam itu telah dibayar gajinya semasa tempoh berkhidmat, tetapi kesan jasanya adalah berterusan kepada masyarakat umum yang perlu dikenang dan dinilai.

“Maka, cadangan untuk menghapuskan pencen bagi penjawat awam baharu merupakan tindakan yang berlawanan dengan teladan Rasulullah SAW ketika Baginda memerintah negara Madinah, suatu model masyarakat madani yang sebenar sehingga menjadi jenama dalam ilmu sosiologi.

“Teladan yang sama diikuti oleh para Khulafa’ al-Rasyidin dan raja-raja Islam yang adil selepasnya dengan penambahbaikan bagi melaksanakan maqasid al-syari‘ah dan siasah syar‘iyyah.

“Ia adalah sebahagian daripada Tamadun Islam yang bermula dengan negara Madinah seterusnya telah mempengaruhi Tamadun Barat.

“Sistem pentadbiran Barat khususnya pihak British banyak terpengaruh dengan Tamadun Islam melalui kajian para orientalis terhadap ketamadunan Islam, antaranya dalam aspek pentadbiran negara. Akan tetapi, mereka memisahkan roh daripada aspek agama kerana pengaruh sekularisme yang dianutinya,” katanya dalam catatan Minda Presiden PAS pada Isnin.

Beliau malah menyindir, “adapun cakap sambil menepuk dada kononnya seseorang itu bertugas dengan menolak gaji merupakan suatu temberang kepura-puraan yang membohongi rakyat.

“Almarhum Abu al-Hasan Ali al-Nadwi membahagikan negara kepada dua jenis, iaitu negara hidayah dan negara jibayah.

“Pertama, negara hidayah ialah negara berprinsipkan aqidah yang mengutamakan kebajikan mengikut perintah Allah.

“Ia sedia berkorban walaupun mempunyai cabaran kewangan kerana percaya kepada janji turunnya keberkatan daripada Allah berpandukan firman Allah.

“Kedua, negara jibayah (bergantung kepada cukai) berprinsipkan kebendaan yang menjadi pegangan teori sekularisme dengan memisahkan politik daripada agama. Oleh itu, tindakannya adalah berdasarkan kepada kepercayaan kepada kebendaan. Maka, kepentingan kebendaan diutamakan sehingga cukai dianggap nyawa kerajaan,” jelas Hadi.

Justeru, kata beliau cadangan menghapuskan pencen adalah berlawanan dengan slogan Madani yang diucapkan tanpa pengetahuan, laksana burung kakak tua dan burung tiung yang boleh bercakap tanpa akal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat