Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC/GLIC Dijenamakan Semula – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Rangkaian Tindak Balas Bencana syarikat berkaitan kerajaan (GLC)/syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dijenamakan semula kepada GLC Demi Rakyat dan Negara (GDRN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, penjenamaan semula itu meliputi skop yang diperluaskan daripada Jalinan Kemanusiaan sedia ada kepada Jalinan Ilmu dan Jalinan Sejahtera.

Menurutnya, dengan skop baharu korporat ini ini, GDRN akan menerajui usaha Tanggungjawab Sosial Korporat secara lebih selaras dan teratur bagi mengoptimumkan sumber terkumpul GLC dan GLIC), sekali gus memanfaatkan lebih ramai kumpulan B40 dan golongan tumpuan tertentu.

“Kerajaan sedar perlunya potensi rangkaian GDRN ini ditambah baik supaya ia bersifat responsif dan lebih proaktif dalam membina keupayaan dan daya tahan Keluarga Malaysia,” katanya, semasa berucap di majlis Pelancaran Hari Terbuka GLC 2022 hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata di bawah skop baharu rangkaian tersebut, Jalinan Ilmu merangkumi biasiswa, peluang dan akses pendidikan serta pembangunan kemahiran insan manakala Jalinan Sejahtera mengutamakan pembinaan kehidupan dari segi menjana pendapatan, membina kemahiran vokasional dan ilmu pengurusan kewangan, serta memastikan kesejahteraan kesihatan dan alam sekitar.

“Pada tahun 2013, beberapa GLC dan GLIC telah bergabung usaha untuk menubuhkan Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC/GLIC bertujuan menyelaraskan pemberian bantuan sosial dan pembinaan semula selepas bencana alam atau malapetaka.

“Antara tahun 2013 dan 2016, rangkaian ini telah menyumbang kepada operasi pemulihan dan pembinaan semula, terutamanya untuk mangsa banjir di Kelantan, Pahang dan Johor,” katanya.

Ujarnya lagi, dalam tempoh dua tahun lepas sejak 2020, rangkaian itu juga telah membantu lebih daripada 450,000 orang yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan banjir dengan pelbagai jenis bantuan bernilai RM 327 juta, termasuk geran padanan kerajaan melebihi RM55 juta.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat