Kerajaan Komited Pastikan Pekerja GLC & GLIC Terima Gaji Minimum RM1,500 – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan komited untuk memastikan pekerja tetap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) menerima bayaran gaji minimum sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga prihatin dengan cabaran kos sara hidup dihadapi rakyat, justeru itu kerajaan telah memastikan bahawa semua penjawat awam menerima gaji serta elaun berjumlah sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan.

“Tahap pendapatan minimum ini wajar diamalkan oleh sektor swasta bagi membantu pekerja menangani cabaran kos sara hidup, terutamanya bagi pekerja yang berpendapatan rendah,” kata beliau, ketika berucap di majlis pelancaran Hari Terbuka GLC 2022 hari ini.

Perdana Menteri turut menggesa agar setiap GLC yang tersenarai untuk mencapai tahap penyertaan wanita sekurang- kurangnya 30 peratus sebagai ahli lembaga pengarah menjelang mesyuarat agung tahunan pada 2023.

“Bukan sahaja sempena Hari Wanita Sedunia baru-baru ini, kita juga sepatutnya mengiktiraf secara berterusan peranan wanita sebagai pemimpin dan penyumbang penting kepada kemajuan sosioekonomi dan kemakmuran negara,” katanya.

Beliau berkata ia seiring dengan langkah kerajaan menerusi Bajet 2022 yang mengumumkan bahawa semua syarikat tersenarai diwajibkan melantik sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita sebelum 1 Jun, 2023.

Menurutnya lagi, bagi merealisasikan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kesemua GLC dan GLIC disarankan untuk mempunyai sasaran jangka masa sederhana dan pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

“GLC dan GLIC menyumbang kira-kira RM445 bilion atau 25 peratus permodalan pasaran Bursa Malaysia, memberi pekerjaan langsung kepada setengah juta Keluarga Malaysia dan penyumbang terpenting dalam rantaian bekalan negara.

“Ia juga penting bagi mencapai aspirasi negara maju melalui RMK12 dalam pembangunan sosioekonomi negara serta keperluan menyusun semula dasar-dasar kerajaan dalam meningkatkan daya tahan rakyat serta daya saing Malaysia di pentas dunia,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat