MUAR- Meskipun tidak berpeluang mengundi diri sendiri namun, calon Barisan Nasional (BN) DUN Bukit Kepong, Ismail Mohamad tetap bersemangat keluar awal mengundi.

Ismail ketika ditemui Sekolah Kebangsaan Temiang pada jam 8.05 pagi antara pengundi awal yang hadir.

“Saya tak dapat mengundi diri saya, tapi tak apalah pengundi di DUN Bukit Kepong pasti bijak membuat pilihan,” katanya.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Pagoh itu perjalanan pengundian hari ini berjalan lancar walaupun ada prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi tetapi ia memudahkan pengundi.

“SOP sangat ketat tapi memudahkan tak memberatkan pengundi.

“Saya sarankan semua pengundi keluar awal cuaca mendung, petang mungkin hujan,” syor beliau.

Ismail memberitahu beliau akan bergerak meninjau semua pusat daerah mengundi (PDM) di kawasan Bukit Pasir dan Bukit lKepong.

“Saya akan tinjau PDM-PDM di kawasan Bukit Pasir dan Bukit Kepong nak tengok perjalanan pilihan raya.

“Saya positif dan menyeru penyokong keluar awal. Besar harapan saya malam ini akan beri kemenangan kepada BN,” katanya.

Tinjauan Suara.TV di Sekolah Kebangsaan Temiang di Bukit Pasir mendapati suasana terkawal dalam norma baru.

Pagar sekolah dibuka seawal jam
7.50 pagi pun begitu pengundi sudah ramai beratur.

Bangunan pengundian disanitasi sebelum proses pengundian bermula.