Kerajaan Perlu Segera Bawa Isu Kalimah Allah Ke Mahkamah Rayuan – Mustafa Shah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Satu episod malang bagi umat Islam dan Malaysia apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan orang bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah ‘Allah’.

Sebagai sebuah negara Islam dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang majoritinya Melayu serta Islam sewajarnya membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan untuk diputuskan.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mustafa Shah Abdul Hamid berkata, selari dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, kerajaan perlu memastikan keharmonian hidup rakyat berbilang kaum dan agama ini terus terjamin.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Kuala Kangsar menjelaskan, keputusan Mahkamah Tinggi itu tentu sekali berkait rapat dengan sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Saya merayu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan dan pasukannya segera bertindak mengemukakan rayuan keputusan itu di Mahkamah Rayuan dengan kadar segera.

“Sebagai sebuah kerajaan yang majoriti Melayu dan Islam menjadi tanggungjawab untuk mempertahankan kalimah suci umat di negara ini,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan lain dalam penerbitan agama itu untuk pendidikan dalam komuniti mereka.

Selain kalimah ‘Allah’, penggunaan perkataan iaitu solat, Kaabah dan Baitullah juga dibenarkan kepada orang Kristian.

Keputusan kes itu mengambil masa selama 13 tahun dua bulan, sejak difailkan pada 2008.

Terdahulu pada prosiding itu, Hakim Datuk Nor Bee Ariffin, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan membenarkan tiga pengisytiharan deklarasi oleh seorang wanita keturunan Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat