Jangan Buat Spekulasi Keputusan Mahkamah Mengenai Kalimah Allah – Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin menyeru semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi mahupun tafsiran sendiri berhubung keputusan Mahkamah Tinggi semalam mengenai isu kalimah “Allah”.

Hamzah dalam kenyataannya hari ini berkata semua pihak perlu menghormati proses perundangan dan kehakiman negara.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil maklum keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi berkaitan isu kalimah “Allah” dan hal-hal lain yang telah dibawa oleh Jill Ireland (Jill Ireland Lawrence Bill) terhadap KDN.

“Dalam hal ini, KDN akan memutuskan tindakan susulan daripada aspek perundangan selepas menerima alasan penghakiman secara bertulis dari pihak Mahkamah Tinggi di sini,” katanya.

Semalam, Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah “Allah” dan tiga perkataan Arab iaitu Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.

Ini susulan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Nor Bee Ariffin, yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, membenarkan permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan wanita suku kaum Melanau dari Sarawak yang beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill.

Dalam permohonannya, Jill Ireland antara lain memohon perisytiharan bahawa adalah hak perlembagaannya untuk mengakses penerbitan Kristian dalam menjalankan haknya mengamalkan agama dan hak untuk pendidikan, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat