Jurang Capaian Liputan Internet Di Sarawak Dan Sabah Akan Dipertingkatkan – Zahidi

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa memberi tumpuan kepada penambahbaikan insfrastruktur komunikasi melalui penyediaan liputan jalur lebar berkelajuan tinggi dengan menggunakan pelbagai teknologi.

Timbalan Menteri KKMM, Dato Seri Zahidi Zainul Abidin berkata, penambahbaikan ini membolehkan rakyat terutamanya di negeri Sabah dan Sarawak dapat menikmati akses kepada perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi yang lebih menyeluruh.

Katanya lagi, menerusi pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin pada 29 Ogos lepas, penambahbaikan insfrastruktur digital yang dilaksnakan secara berfasa akan memberikan kualiti pengalaman yang sama rata antara kawasan bandar dan luar bandar.

“Sasaran fasa pertama telah bermula sehingga tahun 2022 dimana penambahbaikan daripada 4.95 juta premis kepada 7.50 juta premis mendapat akses kepada jalur lebar talian tetap berkelajuan gigabit,

“Perluasan liputan jalur lebar mudah alih 4G daripada 91.8% kepada 96.9% di kawasan yang berpenduduk,

“Mempertingkatkan kelajuan purata jalur lebar mudah alih daripada 25Mbps kepada 35Mbps,” jelas beliau ketika menjawab soalan di Parlimen.

Zahidi menjawab soalan Dato Seri Dr. Shahidan Kassim (BN-Arau) yang mencadangkan kerajaan supaya menjelaskan mengenai status liputan internet di negara ini khususnya di Sabah dan Sarawak serta kawasan pendalaman di Semenanjung Malaysia.

Menurut Shahidan, status liputan internet di bandar dan luar bandar sangat ketara. Liputan di luar bandar khususnya paling membimbangkan terutamanya di kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak kerana capaian liputan internet sangat tidak memuaskan. Jelasnya lagi, Pelaksanaan pengajian atas talian secara penuh oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bakal memberi cabaran kepada pelajar khususnya di kawasan capaian liputan internet yang sederhana dan kebawah. Beliau berharap, kerajaan memandang berat kepada langkah penyelesaian masalah ini bagi memastikan pelajar -pelajar dapat menyesuaikan diri dengan keadaan norma baharu kehidupan.

Dalam pada itu, ketika menjawab cadangan Shahidan, Zahidi juga menjelaskan Pelan JENDELA akan melibatkan penamatan rangkaian 3G secara berperingkat sehingga akhir tahun 2021 untuk mengoptimumkan penggunaan spektrum bagi pemantapan rangkaian teknologi 4G.

“Di negeri Sabah, bagi meluaskan rangkaian gentian optik, sebanayak 190,115 premis akan disediakan akses kepada perkhidmatan jalur lebar talian teta berkelajuan Gigabit, manakala untuk perkhidmatan jalur lebar mudah alih, sejumlah 425 menara baharu akan dibina dan sebanyak 2,202 alat pemancar komunikasi sedia ada akan dinaik tarag kepada teknologi 4G.

“Bagi negeri Sarawak, untuk meluaskan rangkaian gentian optik, sebanyak 58,371 premis akan disediakan akses kepada perkhidmatan berkelajuan Gigabit dan perkhidmatan jalur lebar mudah alih pula, sejumlah 692 menara baharu akan dibina, manakala 2,041 alat pemancar komunikasi sedia ada akan dinaik taraf kepada teknologi 4G,” jelasnya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat