869 Kes Baru Covid, 258 Jangkitan Di Lembah Klang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan sebanyak 869 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 kini sebanyak 42,050 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini ialah sebanyak 11,446 kes.

Menurut beliau, daripada 869 kes baharu itu, sebanyak satu kes import dan 868 merupakan kes penularan dalam negara, dan 258 daripadanya adalah di Lembah Klang.

Selain itu, Malaysia juga merekodkan kes pulih sebanyak 725 hari ini, menyaksikan jumlah keseluruhan kes pulih daripada COVID-19 adalah sebanyak 30,304 kes.

Pertambahan kes kematian baharu turut dicatatkan, iaitu sebanyak enam kes menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 300 kes.

Dalam pada itu, KKM turut mengenal pasti empat kluster baharu. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat