LCS: Mat Sabu, Chin Tong tuntut penjelasan Hishammuddin di Dewan Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein digesa menjelaskan status kewangan syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) dan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) kepada Dewan Negara minggu depan.

Syor ini dikemukakan bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan bekas Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong. Ini susulan, Hishammuddin mengumumkan pada 20 April 2022 bahawa projek LCS akan diteruskan tetapi tiada sesiapa, termasuk Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dimaklumkan butiran dan kaedah mendapat dana, dan juga jadual masa.

Menurut Mohamad dan Chin Tong, Hishammuddin dan kerajaan mesti memberi keterangan yang telus dan jelas, dan jamin tiada penyelewengan dana yang akan membawa kemudaratan.

“Pertama, apakah jumlah hutang BNS setakat Ogos 2022? Kedua, adakah Hishammuddin bersetuju bahawa penggunaan dana LCS untuk membiayai hutang New Generation Patrol Vessel (NGPV) adalah satu jenayah? Ketiga, adakah BNS akan diberikan “order book” untuk menjamin terbitan sukuk? soal mereka dalam kenyataan bersama pada Rabu.

Dalam perkembangan sama, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah membuat tohmahan bahawa Kementerian Pertahanan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah “membeku” projek LCS selama 15 bulan untuk siasatan atau telah “membekukan” projek LCS sejak September 2019.

“Ini adalah satu penipuan. Projek LCS telah mengalami masalah kewangan sebelum PH mengambil alih tampuk kuasa.

“Setakat Ogos 2019, BNS telah hutang institusi kewangan sebanyak RM 869 juta, dan hutang kepada OEM sebanyak RM 767 juta. Hutang-hutang lain adalah RM 102.2 juta. Jumlah hutang pada Ogos 2019 adalah sebanyak RM 1.738 billion.

“Ramai sub-kontraktor dan OEM tidak lagi teruskan kerja kerana hutang. Kerajaan PH tidak “membeku” projek LCS,” tegas mereka.

Bahkan katanya lagi, mereka terkejut dengan kenyataan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman bahawa sebahagian daripada dana LCS digunakan untuk membiayai hutang lapuk BNS untuk projek lama, iaitu NGPV yang bermula pada 1998 dan berakhir pada 2010 dengan “rescue fund” daripada kerajaan Malaysia sebanyak RM 1.4 bilion tanpa sebarang pertambahan peralatan mahupun scope of work.

“Sebanyak RM 6.08 bilion daripada siling RM 9.128 bilion telah dibayar kepada BNS oleh kerajaan Malaysia. Daripada RM 6.08 bilion tersebut, RM 255 juta telah dibayar untuk hutang lapuk NGPV, RM 141 juta untuk faedah yang dikenakan kepada hutang NGPV, dan RM 349 juta untuk “cost increase on design activities with NGPV”. Sejumlah RM 745 juta telah digunakan untuk “bail-out” projek NGPV.

“Hishamuddin mesti jawab adakah dia bersetuju dengan Ahmad Nazim Abdul Rahman bahawa dana LCS boleh digunapakai untuk membayar hutang NGPV. Adakah projek LCS dimulakan dengan tujuan untuk “rolling” hutang lapuk NGPV?

“Kami hairan kenapa syarikat BNS pada Jun 2021 telah mencadangkan nilai kontrak ataupun order book sebanyak RM53 bilion daripada pihak kerajaan bagi tujuan mendapatkan pinjaman melalui sukuk berjumlah RM4 bilion untuk memulihkan projek LCS.

“Cadangan RM53 bilion order book daripada kerajaan adalah untuk kerja-kerja Maintenance, Repair and Overhaul (MRO) untuk tempoh 30 tahun. (Laporan PAC, Point 9 A, mukasurat 153-155). Cadangan untuk BNS diberi order book bernilai RM53 bilion untuk tempoh 30 tahun adalah tidak wajar,” katanya.

Tambahnya lagi, PAC dimaklumkan bahawa kerajaan pada tahun 2021 hanya bersetuju dengan memberikan order book selama 3 tahun. Tetapi ini pun bukan satu tindakan yang betul dan selamat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat