HONOR 70 beri definisi baharu fotografi mudah alih dengan kamera IMX800

- Advertisement -

JENAMA telefon pintar HONOR bakal melancarkan siri terbaharu mereka iaitu HONOR 70 di Malaysia pada 18 Ogos nanti.

Walaupun sering dibandingkan dengan jenama induknya, pengguna pasti menginginkan yang terbaik daripada siri terbaharu HONOR 70 yang turut memfokuskan fotografi telefon pintar dengan harga mampu milik.

Sejarah teknologi pengimejan mudah alih siri HONOR Numerical

Dari segi pengimejan telefon pintar, siri Huawei P sentiasa diiktiraf sebagai terbaik namun ramai tidak mengetahui bahawa siri HONOR Numerical adalah yang pertama membawa pelbagai teknologi pengimejan dalam industri telefon pintar.

Ketika telefon pintar di pasaran masih menggunakan sistem kamera tunggal pada 2014, HONOR 6 Plus adalah peranti pertama dilengkapi kamera dwi bionik selari selain turut menjadi telefon pintar pertama yang menghasilkan kesan bokeh seperti kamera.

Pada 2018, HONOR 10 memperkenalkan fungsi ‘AI Photography scene recognition’ menggunakan algoritma untuk mengenali adegan ketika mengambil foto yang kemudiannya mengoptimumkan foto berkenaan mengikut adegan berbeza.

Fungsi hebat ini tidak lama kemudian turut digunakan oleh beberapa telefon pintar jenama lain termasuk Siri Huawei P.

Tidak terhenti di situ, HONOR tampil pula dengan fungsi rakaman berbilang video ketika pelancaran HONOR 50 dengan meningkatnya trend vlogging dan TikTok pada 2021.

Bakal terajui teknologi pengimejan

Dengan sistem dwi kamera utama yang jarang ditemui pada telefon pintar dalam julatnya, pengguna pasti mampu menjangkakan kehebatan spesifikasi kamera HONOR 70.

HONOR 70 menampilkan kamera IMX800 Super Sensing terbaharu SONY termasuk satu lagi kamera utama 50MP bagi menyokong 122° sudut ultra lebar dan fotografi makro 2.5CM.

IMX800 pada HONOR 70 meningkatkan julat dinamik sebanyak 23 peratus sekali gus menewaskan model pendahulunya dari segi kejelasan, kualiti dan hasil pada cahaya rendah. – FOTO @amsyarnaaif

Hasil potret HONOR 70 dengan kamera IMX800 Super Sensing bakal memberikan asas pengimejan terbaik menerusi sensor 1/1.49 inci dan apertur f/1.9.

Berbeza dengan IMX766 yang terdapat pada telefon pintar mercu lain, IMX800 pada HONOR 70 meningkatkan julat dinamik sebanyak 23 peratus sekali gus menewaskan model pendahulunya dari segi kejelasan, kualiti dan hasil pada cahaya rendah.

Gambar landskap cahaya latar. – FOTO HONOR

Memberikan prestasi fotografi terbaik, pengguna kini boleh menikmati hasil gambar cahaya malap, cahaya latar dan waktu malam yang lebih baik dengan HONOR 70.

Selain itu, HONOR turut mengimport platform pengimejan mercunya iaitu HONOR Image Engine pada HONOR 70 bagi menggabungkan perkakasan dan algoritma untuk menghasilkan imej terbaik.

Sejak berdiri atas jenama sendiri, HONOR sudah memenangi anugerah daripada Mobile World Congress (MWC) menerusi teknologi inovatif pada HONOR Magic V dan HONOR Magic4 Pro.

Justeru, pelancaran HONOR 70 adalah peluang untuk membuktikan kehebatan kuasa pengimejan mereka berbanding jenama lain.

Saksikan pelancaran telefon pintar HONOR 70 secara langsung di Facebook rasmi HONOR Malaysia pada 18 Ogos nanti, jam 8 malam.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi HONOR Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat