10 Mei: Bila Mereka “Berkarya”, Kilang Nadir Bumi Pun Boleh Jadi Kilang Nuklear

- Advertisement -

EMAIL PEMBACA

PENULIS antara yang sukar tidur malam tepat 2 tahun lepas. Macam-macam yang bermain di fikiran, tak berapa nak ingat apa yang dirunsingkan tapi yang nyata, sebahagian besarnya tentang masa depan.

Jiran sebelah pun tidak tidur malam itu juga, tapi situasinya berbeza. Dia anak beranak berlari keliling depan rumah membawa bendera. Bendera yang ada mata itulah, bendera mana lagi?

Hari ini – genap 2 tahun kemudian, penulis masih tak dapat lelapkan mata tapi bukan sebab yang sama macam 2 tahun dulu. Kali ini penulis tak risau dan juga tak berapa nak gembira, cuma lega.

Jiran sebelah? Pukul 11 lampu dah padam – kita faham.

Banyak yang berlaku dalam 2 tahun ini. Bagi ramai orang, hidup dah tak sama seperti dulu lagi. Ada yang bertambah senang, kita akui, tapi lebih ramai yang bertambah susah, pun kena akui.

Hari pertama di puncak kuasa , beribu hilang kerja atas pelbagai nama dan alasan. Lantikan politiklah, itulah, inilah.

Ada yang dikumpul dalam dewan beramai-ramai menunggu hari berakhir menandakan tamatnya perkhidmatan, ada yang diletak dalam bilik dipasang CCTV dengan laptop sebuah tanpa ada arahan khusus apa yang perlu dibuat – berbulan begitu……..macam-macam.

Sebulan, 3 bulan, seratus hari, ramai lagi yang menyusul – semakin jelas U-topia dunia yang diharap, hanya tinggal kenangan. Alasan macam-macam, sebahagian besarnya menyalahkan pentadbiran yang dulu, yang dia tak salah apa pun.

Dari “sebuku tebal” yang dijanjikan, tak sampai sehelai pun yang dilaksanakan – itupun boleh dipertikaikan. Kena tipu rakyat kita.

Tapi Tuhan maha adil, maha kaya. Kalau dapat kuasa cara begitu, bila giliran jatuh tiba, bukan dia seorang, semua kerabatnya ikut terduduk. Paling hina, cara jatuh pun luar biasa, bukan disebabkan orang lain, tapi sebab diri sendiri juga adanya.

Apa pun pimpinan kita jangan alpa. Ingat, puak ini memang dilahir untuk membangkang. 24 Mac hari itu bukan saja tarikh hilang kuasa tapi sireh juga sudah pulang ke gagang. Sebagai pembangkang mereka cukup kreatif. Ingatkah kita dulu, kilang nadir bumi pun boleh jadi kilang nuclear, itu contoh “karya agung” mereka.

Bukan satu, banyak lagi. Teknik mengeluarkan sifat bodoh dari lubuk hati insan yang paling dalam waima di kalangan cerdik pandai sekalipun, memang mengagumkan.

Justeru, isu pintu depan pintu belakang ini, jangan pandang ringan. Terang-terang fakta semua ini mulanya dari mereka sendiri pun, tetap boleh dipusing ke depan ke belakang, dah memang kat situ duduk kepandaian.

Tuhan bagi kita peluang kedua, jangan sia-siakan. Tak ramai dapat kelebihan seperti umat di Malaysia ini.

ROHAIZAN ISMALI
Kudat

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat