RUU Anti Lompat Parti Dijangka Dibentang Pada Julai – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata, Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada Julai ini.

Menurut beliau lagi, sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk meneliti dan mengubal RUU itu, dengan anggotanya terdiri daripada wakil pembangkang, kerajaan dan mungkin ahli akademik yang pakar dalam Perlembagaan.

“Saya harap perkara ini dipercepatkan, sasaran kerajaan untuk bentangkan akta anti lompat parti ini pada sesi Julai nanti.

“Tetapi tergantung kepada jawatankuasa khas itu nanti, secepat mana mereka boleh cadangkan untuk dibentangkan kepada Kabinet untuk persetujuan sebelum boleh dibentang di Parlimen,” katanya, dipetik dari laporan FMT.

Perdana Menteri berkata, terdapat cadangan untuk akta baharu itu turut meliputi senator, tetapi ia tertakluk kepada kelulusan speaker Dewan Rakyat.

Beliau turut menegaskan kerajaan tidak berniat melengahkan pembentangan RUU Anti Lompat Parti, sebaliknya mahu peruntukannya diperincikan dengan lebih jelas.

“Tak ada niat kerajaan untuk lewat atau tidak bentangkan akta ini (RUU Anti Lompat Parti). Jadi, ada pihak terkeliru, cuba memainkan isu seolah-olah kerajaan tidak jujur dalam soal ini.

“Kita akan masukkan secara terperinci dalam akta ini, sebagai contoh adakah dipecat dari parti akan dianggap lompat parti dan sebagainya. Itu semua akan diperincikan dalam akta anti lompat parti, jadi tak ada isu, kita ikut peraturan.

“Tujuan kita bentangkan pindaan Perkara 10 Perlembagaan untuk membolehkan akta anti lompat parti dibentangkan di Parlimen, sebab tanpa pindaan kepada Perkara 10, mana-mana undang-undang yang dibentang, diluluskan tak boleh terpakai kerana bertentangan Perkara 10,” katanya.

Beliau berharap pembentangan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 di Dewan Rakyat pada esok akan diluluskan dengan lebih 148 undi supaya RUU Anti Lompat Parti boleh dibentangkan kelak.

“Semua dari pembangkang sokong, Pakatan Harapan pun dah buat kenyataan akan sokong. Tak akan timbul isu tentang pindaan ini tidak diluluskan, saya harap apa yang dijanjikan akan ditepati esok,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat