Wanita Terlepas Hukuman Gantung Atas Kesalahan Bunuh Suami

- Advertisement -

MUAR – Seorang wanita menangis kesyukuran selepas Mahkamah Tinggi Muar, di sini, mengetepikan hukuman gantung sampai mati ke atasnya bagi kesalahan membunuh suaminya, lima tahun lalu.

Tertuduh, Nur Hidayah Abdullah, 22, hanya mampu menzahirkan rasa sebak sebaik mendengar keputusan oleh Pesuruhjaya Kehakimanan, Awang Armadajaya Awang Mahmud.

Awang Armadajaya dalam hujahnya berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi tertuduh yang melakukan kesalahan ketika masih dibawah umur iaitu pada usia 17 tahun.

Menurut beliau, tertuduh ditakrifkan sebagai kanak-kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 dan tidak boleh dijatuhkan hukuman mandatori.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan tertuduh ditahan penjara selama yang diperkenankan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana kesalahan dilakukan di dalam negeri ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh boleh merayu kepada Lembaga Pengampunan dan Sultan Johor untuk sebarang keringanan hukuman atau memendekkan tempoh tahanan kepada tertuduh.

Selepas mendengar rayuan daripada peguam bela dalam prosiding berkenaan, Awang Armadajaya menasihati Nur Hidayah untuk menjadi insan lebih baik kelak setelah mendapati kehidupan lalu wanita itu penuh dengan duka dan kesukaran. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat