Dua Bakal Calon Ketua Cabang PKR Dakwa Nama Hilang Dari Keahlian Secara Misteri – Laporan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kurang lima jam untuk tempoh penamaan calon ditutup secara rasmi bagi pemilihan PKR, dua individu yang juga bakal calon mendakwa nama mereka tercicir daripada senarai keahlian parti itu secara misteri.

Memetik laporan Malaysiakini, A Vethamoorthy yang merupakan ahli PKR sejak tahun 2013, berkata dia tidak dapat mengemukakan penamaan calon bagi bertanding ketua cabang Sungai Siput selepas diberitahu bukan lagi ahli parti itu.

“Saya ke pusat penamaan calon di Perak semalam untuk membuat penamaan calon bagi jawatan ketua cabang.

“Namun saya diberitahu bahawa tidak layak bertanding kerana bukan lagi ahli parti. Saya telah membawa perkara ini Majlis Pimpinan Negeri (MPN),” katanya.

Dalam laporan sama, seorang lagi wanita yang sebelum ini mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang Ahli Parlimen parti itu, berkata namanya turut tercicir daripada senarai ahli.

“Saya mendapati semalam nama saya hilang daripada senarai keahlian setelah cuba membuat permohonan secara dalam talian bagi jawatan ketua cabang Sungai Siput,” katanya, dipetik dari laporan berkenaan.

Portal itu bagaimanapun memaklumkan tidak dapat menyiarkan nama wanita itu kerana kes gangguan seksual berkenaan masih dalam siasatan.

Menurut portal itu lagi, wanita berkenaan mendakwa dia mendaftar sebagai ahli seumur hidup pada tahun 2018 dan pernah memegang jawatan bendahari di peringkat cabang pada tahun 2018.

“Maka mustahil nama saya hilang begitu sahaja daripada senarai keahlian,” katanya.

Menurutnya lagi dia telah membawa perkara tersebut kepada pucuk pimpinan PKR termasuk Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Beliau (Anwar) berjanji akan membawa perkara ini ke JPP (Jawatankuasa Pemilihan PKR). Harap saya diberi peluang untuk bertanding,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan menerima aduan berkenaan.

“Beberapa aduan lain termasuk kes ini akan dirujuk dengan jabatan keanggotaan untuk diperiksa status mereka.

“Jawatankuasa Pemilihan Parti sedang memeriksa kes-kes yang diadu, sama ada masih anggota parti atau individu-individu ini bukan lagi anggota dalam parti (digantung atau dipecat),” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat