Mengenali Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia

- Advertisement -

DATUK Zahidi Zainul Abidin, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri, Kementerian Komunikasi & Multimedia (KKM) dalam pembentukan kabinet Perikatan Nasional Mac lepas, merupakan seorang anak jati Perlis yang dilahirkan di negeri itu pada 9 Januari 1961.

Graduan Diploma Pengajian Awam dari Institut Teknologi Mara (sekarang dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara) ini mula menunjukkan ketokohannya sebagai pemimpin apabila dipilih sebagai Presiden Perwakilan Pelajar (MPP) ITM bagi tempoh 1982 hingga 1984. Setelah tamat pengajian pun, ITM masih dekat dihati Zahidi apabila beliau dipilih sebagai Presiden Persatuan Bekas Graduan ITM selama 5 tahun sejak 1995.

Aktif dalam politik UMNO seawal tahun 1991 apabila dilantik sebagai Ketua Biro Dakwah Pemuda UMNO Malaysia, Zahidi terus mengembangkan karier politiknya dengan memegang pelbagai jawatan dalam UMNO sehingga dipilih sebagai Ketua Bahagian Padang Besar pada tahun 2004 sehingga sekarang.

Pada tahun 2018, Zahidi dilantik sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Perlis dan terpilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam pemilihan yang diadakan pada tahun berkenaan.

Selain politik, Zahidi turut memainkan peranan aktif dalam NGO dan pertubuhan sukan. Sejak 2004 hingga sekarang, beliau adalah pemimpin NGO Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan bantuan untuk masyarakat Rohingya bagi rantau sebelah sini.

Jejak kepimpinan Zahidi dalam bidang sukan, pernah dan masih boleh dilihat dari peranan yang dimainkan beliau dalam persatuan seperti Malaysian Chess Federation of Malaysia, Persatuan Hoki Perlis dan Persatuan Silat Perlis.

Dalam pentadbiran kerajaan negeri dan pusat, Zahidi pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perlis pada tahun 1994. Pada tahun 2003, ketika masih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beseri, beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan II pada ketika itu.

Kewibawaan Zahidi dalam membela nasib masyarakat memang terserlah sejak zaman pengajian lagi. Maka tidak hairanlah bila beliau berjaya mengekalkan jawatan ADUN Beseri selama 3 penggal dari tahun 1999 hinga 2008. Ketika menjadi ADUN, Zahidi pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Exco) dari tahun 2003 hingga 2006.

Karier Zahidi sebagai wakil rakyat memasuki fasa baharu bila beliau dicalonkan dan menang dalam Pilihanraya Umum 2008 sebagai Ahli Parlimen Padang Besar. Kemenangan itu berterusan dalam PRU13 pada tahun 2013 dimana Zahidi bukan sahaja mengekalkan kedudukannya, bahkan berjaya meningkatkan majoriti kemenangannya sebanyak 200%.

Dalam PRU tersebut, BN turut menyapu bersih kesemua 5 kerusi DUN dibawah Parlimen Padang Besar. Zahidi mengaitkan prestasi baik tersebut dengan kecemerlangan Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menghargai jasa dan sumbangan Zahidi, Najib turut melantik beliau sebagai Pengerusi RISDA pada tahun 2015.

Ketika BN dan UMNO melalui zaman terburuknya apabila kalah dalam PRU14, Zahidi masih mampu mengekalkan kedudukannya di Parlimen Padang Besar dengan memperolehi 41% undi dalam pertandingan 3 penjuru antara calon parti Bersatu dan PAS.

Tidak seperti sebahagian Ahli Parlimen UMNO yang keluar parti atau mengisytiharkan diri sebagai wakil bebas selepas menjadi parti pembangkang, Zahidi kekal setia bersama dengan UMNO.

Apabila kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada 24 Mac 2020 berikutan perletakan jawatan mengejut Perdana Menteri 7, Tun Dr. Mahathir Mohammad, kesetiaan Zahidi seakan terbalas bila beliau dipilih sebagai Timbalan Menteri bagi KKM.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat