Bank Rakyat peruntuk RM300 juta bantu koperasi, PKS, mikro dan perniagaan teras runcit

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 10 April — Bank Rakyat terus menyalurkan bantuan kepada koperasi, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan perniagaan mikro serta segmen perniagaan teras runcit yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i dan Ar-Rahnu merupakan antara segmen perniagaan teras runcit yang terlibat.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Rosman Mohamed berkata Kempen BizCare yang dilancarkan baru-baru ini memperuntukkan dana berjumlah RM300 juta untuk tujuan tersebut.

“Bank Rakyat telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat yang konsisten secara purata berjumlah RM1.6 bilion setiap tahun bagi lima tahun belakangan ini.

“Berikutan prestasi itu, Bank Rakyat berupaya membayar pulangan dividen berjumlah dua digit kepada ahlinya selama lebih daripada 10 tahun serta sumbangan zakat serta hibah melebihi RM30 juta.

“Ia dapat dijayakan menerusi semangat kerja berpasukan yang tinggi oleh semua lapisan warga kerja dan keteguhan jawatankuasa pengurusan yang antara lainnya memberi perhatian terhadap aspek pemasaran dan pemulihan kredit, kata beliau.

Pada masa yang sama, pelan hala tuju Bank Rakyat 2025 (BR25) yang diumumkan sebelum ini akan dinilai semula berikutan keperluan dan kehendak segmen pelanggan pastinya berubah selepas pasca COVID-19 yang bakal mengubah seluruh landskap ekonomi, kata Rosman.

Bank Rakyat baru-baru ini telah mengumumkan penamatan perkhidmatan Datuk Noripah Kamso sebagai Pengerusi Bank Rakyat serta semua jawatan lain yang disandang termasuk Pengerusi Yayasan Bank Rakyat tamat berkuat kuasa pada 4 April 2020.

–BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat