Gadis Kecewa, Dakwa Ditipu Bekas Menteri Seperti Pelacur

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Seorang gadis melahirkan rasa kesal kerana tindakan seorang ahli politik yang di dakwa menipu untuk kepentingan peribadi.

Melalui satu klip video yang tular di media sosial, gadis itu berkata dirinya telah diperlakukan seperti seorang pelacur oleh ahli politik tersebut.

“Apa yang saya rasakan sekarang adalah menyesal, kerana membiarkan kamu mengunakan saya, menjejakkan kaki ke dalam bilik kamu, membiarkan kamu menipu saya seperti pelacur (kerana) kamu ada satu ‘karekter’ disebalik muka seorang yang baik.

“Kamu (mungkin) boleh berbangga kononnya ramai perempuan minat dekat kamu sampaikan mak mereka (sanggup) curi poster untuk bawa balik tapi mereka kenalkah siapa kamu (yang sebenarnya) seperti saya mengenali kamu?,” soalnya memetik kenyataan tersebut.

Melalui klip video berdurasi 3:08 saat itu, dia turut meminta agar ahli politik terbabit agar berhenti dari terus menggangu dirinya.

“Saya masih terasa sampai sekarang, (kerana) kamu tuduh saya sampai macam itu (jadi) sekarang saya tak mahu (lagi) ada apa-apa kaitan dengan kamu.

“Kamu boleh berhenti untuk menelefon dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) serta jangan cuba untuk datang ke rumah (kerana) saya tidak mahu berjumpa dengan kamu, kerana buat masa ini saya hanya inginkan ketenangan.

“Buat masa ini, saya perlukan masa untuk diri sendiri (kerana) ini merupakan pertama kali benda macam ini berlaku (sebab) majoriti orang Malaysia dah tahu siapa saya (disebabkan penyebaran gambar tersebut),” rayunya lagi.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, namun dipercayai kenyataan gadis tersebut merujuk kepada seorang bekas menteri dari Pakatan Harapan (PH).

Pengguna media sosial sebelum ini dikejutkan dengan penyebaran beberapa keping gambar di dalam kamar tidur yang memaparkan gadis tersebut bersama bekas menteri itu.

Di akhir rakaman klip tersebut, gadis itu merayu agar masyarakat memberikan peluang kedua kepada dirinya atas tindakan bodoh yang dilakukan itu.

“Kepada semua gadis di luar sana, jangan jadi seperti saya diperbodohkan oleh seorang lelaki yang bertopengkan (sikap) lelaki budiman (berlagak) baik

“Bagaimanapun saya (telah) belajar atas kesilapan, saya juga ingin meminta ampun kepada semua orang (kerana) saya masih muda dan bodoh

“Saya percaya semua orang (pasti) ada buat benda bodoh (kesilapan) masa zaman muda. Itu sahaja apa yang saya ingin sampaikan.

SuaraTV ada menghubungi bekas menteri tersebut bagi mendapatkan maklumbalas namun sehingga kini tiada sebarang respon. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat