Rakyat Bera Jangan Tolak Tuah, Kita Dapat PM Orang Lain Dapat ‘PM Tepi’ Saja

- Advertisement -

GUAI – Rakyat di Parlimen Bera sepatutnya rasa bertuah kerana calon wakil rakyat yang bakal diundi pada 19 November ini adalah calon Perdana Menteri (PM) sedangkan pengundi di kawasan lain hanya mendapat PM tepi sahaja.

Ketua Unit Hal Ehwal Orang Asli Pejabat Menteri Besar Pahang, Datuk Muhammad Olian Abdullah berkata, sekiranya pengundi di Bera memangkah calon lain selain Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mereka ibarat menolak tuah.

“Orang lain di Parlimen lain, mereka dapat ‘PM tepi saja, kita dapat betul-betul PM.

“Jadi kalau kita tolak tuah orang lain ambil. Orang lain berebut nak PM tepi kita ni betul-betul undi dapat PM ini.

“Kalau kita minta balai raya dia hari ini, esok dia boleh buat, orang lain tak boleh kerana dia (Ismail Sabri) sudah diputuskan oleh Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya ini jika BN menang tapi Insyaallah akan menang. Pahang ini kubu kuat BN,” katanya ketika ceramah di Kampung Orang Asli Bukit Rok, semalam.

Olian yang juga Orang Asli memberitahu, Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan peruntukan besar untuk Orang Asli tahun depan antaranya setiap anak Orang Asli yang berjaya masuk universiti akan menerima bantuan komputer riba.

“Selain itu Yayasan Pahang juga menyediakan khidmat seorang guru untuk empat pelajar Orang Asli yang akan mengambil peperiksaan dan juga biasiswa untuk anak Orang Asli yang berjaya melanjutkan pelalajaran,

“Juga Kerajaan Pahang akan membina 100 unit rumah dengan kos RM25,000 beserta kelengkapan perabot kepada Orang Asli yang layak,” katanya lagi.

Beliau juga memberitahu bahawa Ismail Sabri sangat memahami permasalahan Orang Asli kerana telah terlibat sejak zaman menjadi Ketua Pemuad Umno lagi.

“Datuk Seri (Ismail Sabri) dari zaman pemuda dia tahu masalah Orang Asli, ‘PM tepi’ macam mana dia nak tahu,” selorohnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat