Sabariah Janji Teruskan Legasi Kecemerlangan ADUN Guai Sebelum Ini

- Advertisement -

GUAI – Calon Barisan Nasional DUN N.37 Guai, Datuk Sabariah Saidan sedang bekerja keras menguruskan emosi pengundi di DUN itu kerana mereka masih dibayangi kecemerlangan ADUN mereka sebelum ini, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman.

Menurut Sabariah, pendahulunya Norol Azali sudah 15 tahun berkhidmat di DUN Guai dan tentunya pengundi lebih senang dengan beliau namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus menawan hati rakyat di sini.

“Isu besar saya di sini ialah isu peralihan emosi maksudnya dengan wakil rakyat yang lama, beliau sudah lama bersama rakyat di DUN Guai sudah 15 tahun dan beliau cemerlang di sini.

“Tapi parti (BN) telah pilih dan mencalonkan saya pada pilihan raya umum kali ini. Saya sedang cuba meyakinkan pengundi di, nak janji bulan bintang kita tak berani tapi saya janji akan teruskan legasi kecemerlangan ADUN Guai yang terdahulu,” ujarnya.

Tambah Sabariah, beliau sebelum ini hanya bergerak sebagai jentera dan Ketua Wanita Bera tapi kali ini beliau kena tampil sebagai calon maka pendekatan itu berbeza tetapi beliau banyak belajar dengan penyandang Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam selok belok menyantuni masyarakat setempat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat