Saifuddin Tak Perlu Minta Maaf, Memang Jasa Penyebar Maklumat Politik – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr Puad Zarkashi mengakui peranan agensi itu sebagai
agensi penyebaran maklumat dan komunikasi kerajaan secara strategik.

Hal demikian, beliau memberitahu Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah agar tidak meminta maaf.

“Saifuddin Abdullah tidak perlu defensif bahawa Jasa tidak ada kaitan politik kepada kerajaan.

“Dalam kenyataannya, Jasa akan bertindak sebagai agensi penyebaran maklumat dan komunikasi kerajaan secara strategik. Itu memang tujuan Jasa. Ia tetap dikaitkan dengan politik. Jangan apologatik,” catat Puad di Facebooknya.

Beliau bagaimanapun berkata, isunya ialah peruntukan sebanyak RM85.5 juta kepada Jasa terlalu besar.

Bahkan menurutnya belanjawan itu tidak sensitif kepada “keutamaan” tatkala negara dilanda gelombang tiga Covid-19.

Puad mengakui sememangnya “government of the day” memerlukan beberapa agensi sebagai lidah penyampai dasar dan inisiatif kerajaan. Apa salahnya?

“DAP paling takut dengan Jasa. Mereka tidak takut dengan SB, BTN dan KEMAS. Agensi itu tidak fokus seperti Jasa yang memiliki team stratcom yang efektif.

“Sebab itu DAP tutup Jasa sebagai balas dendam kerana Jasa paling aktif menjawab pembohongan DAP melalui media sosial,” ujarnya.

Puad berkata, ada dakwaan, Dr Afif Bahardin bakal menjadi Ketua Pengarah Jasa.

“Dia (Afif) pentaksub Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Sebab itu Azmin dituduh di belakang tabir Jasa dapat RM 85.5 juta.

“Lagi pun Saiffuddin selaku Menteri KKMM adalah pematuh Azmin tahap dewa. A kata Azmin, maka A juga kata Saifuddin,” dakwa Puad.

Justeru menurutn beliau, Jasa tidak perlu peruntukan sebesar RM85.5 juta kecuali kalau ada tujuan lain.

“Apa yang penting keberkesanan. Perdana Menteri kena jawab secara terperinci di Parlimen.

“Saifuddin mengakui dengan jumlah besar itu Jasa akan mengambil staf lebih ramai. Apakah mereka akan menjadi jentera Bersatu di setiap DUN yang berhadapan masalah kekurangan cawangan dan ahli di akar umbi untuk menghadapi PRU ke 15?

“Saifuddin juga mengaku peruntukan empat kali ganda itu akan digunakan untuk membangun stratcom yang kuat. Apakah tidak mungkin ia juga akan digunakan oleh PPBM untuk PRU 15. Atau menaja portal politik tertentu?

“Apatah lagi SPR akan menggunakan SOP baru di PRU akan datang. Antaranya tidak membenarkan kempen rumah ke rumah dan ceramah terbuka. Sudah tentu media sosial akan menjadi alat kempen yang utama,” katanya.

Puad menambah, elok kerajaan buat pindaan sebelum Belanjawan 2021 itu diluluskan ikut syiling tahun 2018 atau dikurangkan sedikit.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat