Pemandu, penumpang dari zon merah perlu jalani saringan COVID-19 jika ingin masuk Kelantan – MKN

Mulut tempayan bagi gambaran UMNO tiada hala tuju

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ‘menjentik’ pemimpin di dalam parti itu yang membuat kenyataan hingga boleh mengelirukan ahli...

Buktikan suara BN kuat, luluskan pengeluaran KWSP, lanjut moratarium

KUALA LUMPUR - Menteri Kabinet dari blok Barisan Nasional (BN) harus memastikan isu moratarium automatik dan pengeluaran one off sebanyak RM10,000 daripada Akaun 1...

Anggap Malaysia negara sahabat baik, China akan beri keutamaan vaksin COVID-19 – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Malaysia telah disenaraikan sebagai negara yang akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin COVID-19 daripada China,  kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berkata...

Belanjawan Johor 2021: Pengurusan sumber air diperkasa

KUALA LUMPUR – Johor amat komited untuk menjamin kualiti air bersih demi kelangsungan hidup rakyat oleh itu, kerajaan negeri bersetuju untuk membangunkan infrastruktur pengurusan...

Agong perkenan anugerah pingat PGB kepada dua anggota PGA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah, berkenan menganugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) kepada mendiang Sarjan Baharuddin Ramli...

KOTA BHARU: Mulai esok, semua pemandu dan penumpang kenderaan dari Zon Merah yang memasuki Kelantan dikehendaki menjalani ujian saringan COVID-19, kata Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan Jefny Muhamad.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mesyuarat khas yang dijalankan MKN bersama beberapa agensi berkaitan hari ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang mulai 9 Nov hingga 6 Dis.

“Semua pemandu kenderaan dan penumpang terutama dari zon merah seperti Selangor dan Kuala Lumpur akan diminta menjalani ujian bagi memastikan mereka bebas daripada COVID-19.

“Selain itu, sesetengah daripada mereka juga akan dipakaikan gelang mengikut warna tertentu yang ditetapkan Jabatan Kesihatan bagi menunjukkan mereka dari zon merah,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata empat sekatan jalan raya di sempadan negeri itu iaitu di Bukit Yong dan Tok Bali masing-masing dalam jajahan Pasir Puteh serta di Gua Musang dan Jeli akan diperketatkan mulai tengah malam ini.

Bercakap kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Shafien menasihatkan mana-mana pihak yang tidak mempunyai urusan penting di negeri itu agar menangguhkan terlebih dahulu hasrat untuk ke Kelantan bagi mengelak penularan COVID-19.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dakwaan PAS Tolak Umno Tanpa Bersatu Tidak Tepat – Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Dakwaan mengatakan Pas tidak akan bersama UMNO tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai rakan sekutu tidak tepat, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk...

Covid-19: Menteri saran industri perkahwinan tukar bidang

KUALA LUMPUR- Pemain industri perkahwinan yang terkesan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda pandemik Covid-19 disaran bertukar kepada bidang perniagaan lain yang...

Syed Saddiq kenapa naik bot bendera BN?

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuktikan beliau pemimpin berjiwa besar tanpa memilih ideologi politik rakyat untuk dibantu. Dalam catatan...

Berita Berkaitan