Malaysia akan terus sokong Palestin, harap perubahan pentadbiran AS beri kebaikan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia berharap perkembangan politik dan perubahan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) memberi harapan positif bagi penyelesaian isu Palestin-Israel dan beberapa kes lain.

Pada masa sama, Malaysia akan terus memainkan peranannya di beberapa platform antarabangsa bagi menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar, berkata Malaysia juga akan terus memainkan peranan di platform antarabangsa bagi memastikan kejayaan penyelesaian isu berkenaan termasuk Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

“Sudah tentu kita mempunyai dan meletakkan harapan supaya perubahan pentadbiran di AS dan ada baca kenyataan sebelum ini. (Ia) beri sedikit harapan positif perubahan lebih baik dalam suasana Palestin-Israel.

“Apa-apa pun kita harus berusaha supaya apa kita hajati dalam kalangan negara seluruh dunia untuk melihat Palestin wujud sebagai negara bebas, mestilah diteruskan dengan adanya pentadbiran baharu di AS.

“Kenyataan mengenai perubahan pentadbiran di AS sebelum ini, kita dengar sedikit lebih baik,” katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian), mengenai sama ada Wisma Putra melihat hubungan Palestin-Israel akan lebih baik di bawah pentadbiran Presiden AS yang baharu, Joe Biden, berbanding Donald Trump.

-Berita Harian
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat