Lima Lokaliti Di Sabah, Satu Di Pahang Dikenakan PKPD Bermula 11 September – MKN

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Enam lokaliti masing-masing lima di Sabah dan satu di Pahang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 11 hingga 24 September ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, lima lokaliti di Sabah termasuk Kampung Lembah Permai dan Kampung Desa Aman di Ranau; Taman Sungai Labuk, Beluran; Sekolah Henry Gurney, Keningau dan Kampung Timug, Matunggong, Kudat.

Beliau berkata, satu lokaliti di Pahang pula adalah Kampung Kuala Koyan, Mukim Ulu Jelai, Lipis.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD itu adalah sama seperti ditetapkan MKN sebelum ini,” katanya.

Selain itu, Rodzi berkata, MKN turut melanjutkan tempoh PKPD di tujuh lokaliti di Paka, Dungun, Terengganu selepas menilai risiko dan trend jangkitan di lokaliti berkenaan membabitkan lokaliti di Bandar Paka, Gong Gemia, Cacar Baru, Limbong, Kuala Paka, Taman Indah Permai dan Telaga Mas.

Katanya, MKN hari ini turut memutuskan untuk menamatkan tempoh PKPD di tiga lokaliti di Sabah esok selepas meneliti perkembangan jangkitan wabak Covid-19 dan situasi semasa di kawasan itu.

Tambah Rodzi lagi, tiga lokaliti itu adalah Kampung Sungai Imam, Tawau; Kampung Kapakaan, Keningau dan Kampung Paris 3, Kinabatangan sejak dilaksanakan PKPD 28 Ogos lalu. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat