“Kerusi DUN Sabah cuma 73, rebut 120”

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mengakui demokrasi proses yang bising, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berjanji untuk berunding secara hikmah berhubung pembahagian kerusi bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Beliau meminta parti-parti politik yang ingin merebut kerusi di Sabah agar tidak bising, sebaliknya berbincang dengan tenang.

“Saya cuba menghitung, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) nak 18 kerusi, BERSATU nak 45,Parti Bersatu Sabah (PBS) nak 30, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) nak 11, MCA nak 11. Semua ini dah 120, sedangkan Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) cuma ada 73 kerusi.

“UMNO nak berapa kalau parti yang menang satu, dua kerusi pun nak berbelas-belas kerusi?

“Maka kita berunding setakat yang boleh, tenang-tenang jangan bising,” ciap Menteri Wilayah Persekutuan itu di Twitternya, semalam.

Mahkamah Rayuan semalam menolak rayuan yang dikemukakan bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman bersama 32 lagi Adun berhubung keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah membubarkan Dun pada 30 Julai lalu.

Dengan keputusan ini, pilihan raya negeri akan berlangsung seperti yang dijadualkan, iaitu pada 26 September ini.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat