Air Force One Selepas Ini, Mungkin Berkuasa Supersonik

- Advertisement -

PRESIDEN Amerika Syarikat di masa depan, mungkin mengadakan lawatan dengan menggunakan kapal terbang berkuasa Supersonik.

Perkembangan ini setelah tentera udara negara itu – yang mengendalikan pesawat dengan nama kod Airforce One itu, sibuk mengedarkan kontrak pembangunan pesawat berkenaan.

Syarikat yang bermula di California Exosonic, sedang mengusahakan enjin berkembar Mach 1.8 supersonik ‘low-boom’ yang menarik perhatian jabatan berkaitan pengangkutan udara untuk Presiden dan Eksekutif (PE), Tentera Udara AS.

Minggu lalu, Exosonic telah diberikan kontrak untuk membangunkan pengangkutan eksekutif supersonik yang dapat digunakan sebagai Air Force One.

Berita itu, ditambah berita utama bulan lalu bahawa Hermeus Corporation yang berpangkalan di Atlanta, sedang mengusahakan pesawat 20 tempat duduk hipersonik yang berupaya untuk menghantar penumpang dari New York ke London dalam masa 90 minit, telah menerima pelaburan dari jabatan yang sama.

Hermeus bekerjasama dengan Tentera Udara AS dan PE untuk mengembangkan pesawat Mach 5, yang digambarkan di bahagian atas artikel, untuk menyokong armada presiden dan eksekutif – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,403FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat