Kilang pembuatan peluru automasi tinggi di Lipis bakal kukuhkan Malaysia dalam industri keselamatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ketech Asia Sdn Bhd bakal membuka kilang pembuatan peluru berautomasi tinggi yang pertama di Malaysia, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan negara dalam industri keselamatan.

Pengurus Besar Ketech Asia, Rahayu Bahaudin, berkata ketika ini kilang pembuatan peluru di Lipis, Pahang dengan keluasan 100 ekar itu ketika ini sudah 90 peratus siap sebelum dapat beroperasi sepenuhnya pada suku keempat tahun ini.

Beliau berkata, bermula awal 2025, ia dijangka dapat terus mengeluarkan peluru bagi kegunaan pihak berkuasa tempatan selain bagi tujuan eksport ke negara yang berpotensi.

“Kilang pembuatan peluru berautomasi sepenuhnya itu mampu mengeluarkan 60 juta butir peluru bersaiz sembilan milimeter (mm) dan 5.56 dengan jumlah pelaburan lebih daripada RM100 juta.

“Ia juga memberikan kelebihan kepada negara untuk mempunyai bekalan peluru sendiri jika berlakunya situasi yang di luar jangka. Ketika ini, peluru kegunaan pihak berkuasa tempatan adalah diimport sepenuhnya dari negara luar,” lapor BH.

Rahayu berkata demikian ketika ditemui di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC ASIA) 2024 pada Selasa.

Rahayu berkata, pembukaan kilang pembuatan peluru itu juga mampu memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar Lipis selain perkongsian teknologi dengan pengeluar dari luar negara.

Beliau berkata, peluru keluaran tempatan itu juga memberikan harga yang lebih kompetitif berbanding import daripada negara luar pada ketika ini.

Katanya, syarikat juga akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak bagi memasarkan produk peluru berkenaan bagi kegunaan pihak berkuasa tempatan.

“Dengan adanya peluru keluaran sendiri, kami berharap akan ada perbincangan lanjut. Ini kerana dari segi harga, sudah tentu ia lebih murah berbanding import. Malah. ketersediaan juga terjamin kerana pembuatan dalam negara.

“Selain Malaysia, kami juga menyasarkan untuk memasarkan produk peluru ke pasaran luar negara. Ada beberapa pihak sudah menunjukkan minat dengan produk keluaran kami. Kami sasar akan menembusi pasaran ASEAN dan juga global dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat