Jangan sebar spekulasi, speaker Dewan Negara terima rawatan susulan di IJN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara memohon semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih tentang status kesihatan beliau.

“Beliau kini telah menerima rawatan di sana setibanya semalam di Malaysia daripada Azerbaijan untuk lawatan kerja.

“Pihak beliau dan sebarang maklumat akan dimaklumkan oleh pejabat ini mengikut keadaan semasa.

“Keluarga Senator Datuk Mutang Tagal mengucapkan ribuan terima kasih atas kiriman doa yang diberikan untuk beliau dan menghargai ruang masa yang diberikan kepada mereka di dalam tempoh rawatan ini.

Terdahulu media melaporkan, Mutang menerima rawatan perubatan di sebuah hospital, di Kuala Lumpur susulan masalah kesihatan yang dialami ketika berada di Azerbaijan.

Mutang mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri Forum Dunia mengenai Dialog Antara Budaya yang berlangsung pada 1 Mei sehingga 3 Mei di Baku, Azerbaijan.

Mutang tiba di tanah air dari Azerbaijan pada 1 pagi semalam setelah berada di negara itu untuk lawatan kerja bermula 29 April lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat