Ismail Sabri, Hishammuddin Hussein Harapan Baru Untuk UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – ‘UMNO amat memerlukan satu suntikan dan lonjakan baru agar ia mampu di rekayasa menjadi parti pilihan rakyat,’ begitu jelas Tan Sri Annuar Musa.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata sebagai sebuah parti yang masih terjebak dengan kemelut “personality cult” yang agak tebal, serta krisis defisit keyakinan rakyat yang serius, Umno memerlukan satu suntikan dan lonjakan baru agar ia mampu di rekayasa menjadi parti pilihan rakyat.

Beliau berkata kini Umno terperangkan dalam “LGBT Politik” dan kembali kepada politik perpecahan dan politik songsang yang serius.

“Keupayaan umno melakukan perubahan paradigma politik dengan membina “alliance” politik baru bersama Pas, dan kemudian nya PPBM dan lain lain kerabat kerajaan Perikatan Nasional, telah berjaya memberi nafas baru kepada Umno, selepas 22 bulan menderita jatuh dan di timpa tangga politik nasional.

“Malangnya formula pasti menang yang sudah dalam genggaman umno, sedikit demi sedikit di rosakkan oleh politik jajaran baru yang awalnya di buat secara “luar tabii” tetapi kemudiannya semakin berani cuba di jadikan norma baru politik umno.

“Akibatnya umno kini terperangkap dalam “LGBT POLITIK “, politik dua alam, dan kembali menjenguk politik perpecahan dan politik songsang yg amat serius,” katanya melalui hantaran di Facebook hari ini.

Tambahnya lagi kini Umno dilihat menolak sebarang kerjasama serta tidak mempunyai hala tuju yang jelas.

Namun katanya, dengan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri membawa harapan baru kepada Umno sebagai parti yang disegani.

“Dalam suasana inilah Datuk Seri Ismail Sabri dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein muncul membawa harapan baru kepada umno,utk politik yg lebih harmoni dan disegani.

“Kedua dua mereka mempunyai rangkaian akar umbi yg kuat, lahir dari “kilang pemuda” yang lazimnya merupakan jalur latihan dalam kepimpinan umno, dan kini memegang peranan besar dalam kerajaan.

Namun mereka berdua perlu bergabung tenaga, dan tampil memimpin secara bebas tanpa sebarang “Inferiority Complex” atau pun mangsa kpd “warlords”. Mereka mampu menjadi panaung dan penggerak baru meninggalkan “order lama”yg penuh bermasaalah,” ujarnya. –SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat