“Berbaik-baik ketika terdesak, menekan bila sudah selamat,” Rahman Dahlan sifatkan sikap BERSATU terhadap UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan tindakan UMNO menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kerana tidak berpuas hati dengan sikap parti dan pimpinan BERSATU.

BERSATU disifatkan berbaik-baik semasa terdesak, tetapi akan menekan bila sudah selamat.

Kata Rahman, bagi BERSATU, konsep rakan kongsi tidak wujud dalam kamus politik mereka.

“BERSATU memang pandai bermain politik. Saya tabik.

“Dalam konteks inilah saya menyebut tentang timing dalam mesyuarat MKT untuk menarik sokongan kepada Perdana Menteri. Ada yang berhujah bahawa timing sekarang tidak sesuai kerana Covid-19 masih teruk.

” Itu pandangan ikhlas dan boleh diterima. Tetapi saya jelaskan bahawa usaha negara kita untuk menangani Covid-19 tidak akan terhenti hanya bila seorang Perdana Menteri bertukar, apatah lagi jika Perdana Menteri baru datangnya dari jajaran kerajaan sedia ada.

“Penjawat awam, jabatan kerajaan, pihak polis akan terus melaksanakan tanggungjawab mereka walaupun ada perubahan Perdana Menteri. Perkhidmatan awam tidak terhenti kerana sistem perkhidmatan awam diujudkan sebegitu rupa untuk tetap beroperasi semasa pilihanraya, darurat, krisis dan perang,” jelas beliau.

Kata Rahman, dalam mesyuarat MKT itu, beliau juga dengan tegas menyatakan bahawa berjuta rakyat Malaysia sudah bertukar status ekonomi.

“Yang berstatus M40 telah menjadi B40, yang B40 menjadi miskin, yang miskin jatuh ke kategori miskin tegar.

” UMNO sebagai sebuah parti yang memperjuangkan nasib rakyat Malaysia perlu mengambil tindakan segera untuk menyelamatkan keadaan ekonomi negara yang begitu mencengkam kehidupan rakyat. Usaha dan penat lelah UMNO selama puluhan tahun sejak merdeka untuk mengujudkan kelas ekonomi yang baik dan mapan untuk rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan Bumiputera, hancur dalam sekelip mata.

“Saya juga berhujah bagaimana usaha menteri-menteri UMNO dalam Kabinet untuk menangani Covid-19 “disusahkan” atau “undermined” oleh sesetengah pihak dalam Kabinet.
“Bila menteri UMNO tutup pintu depan, orang lain buka pintu belakang. Berlatar belakangkan fakta inilah, saya berhujah bahawa tidak mustahil BERSATU tidak akan memberi kredit kepada UMNO jika Covid-19 sudah reda.

“Saya simpati dengan menteri-menteri UMNO yang diarah oleh Perdana Menteri untuk mengurus pandemik Covid-19 ini. Mereka telah dikritik hebat ketika Covid-19 begitu teruk.

“Kebimbangan saya ialah bila Covid-19 menjadi reda nanti, kerja menteri-menteri UMNO yang bersusah payah ni tidak akan mendapat kredit yang sewajarnya,” kata beliau.

Menurut Rahman realitinya, BERSATU telah berkali-kali membuktikan sebelum ini bahawa mereka sanggup mengenepikan sumbangan UMNO demi survival atau kelangsungan politiknya bila mereka sudah merasa selamat.

“UMNO akan “dirugikan” oleh BERSATU apabila Covid-19 sedang berleluasa dan “dirugikan” sekali lagi bila Covid-19 sudah reda.

“Saya tidaklah sebodoh yang didakwa oleh BERSATU kononnya mahu Covid-19 ini berleluasa supaya UMNO mengambil kesempatan politik dalam keadaan pandemik ini.

“Ramai keluarga dan rakan terdekat saya meninggal dunia kerana Covid-19. Anak saya juga telah dijangkiti Covid-19 dan pengalaman itu amat menakutkan saya dan keluarga. Ramai juga kenalan saya yang berdepan dengan masalah ekonomi dan kewangan yang teruk yang akan memakan masa bertahun-tahun untuk pulih,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa isu besar di sini ialah “trust-defisit” atau keyakinan merudum rakyat kepada kebolehan Perdana Menteri menangani pandemik Covid-19.

“Sebagai ketua kerajaan, jika Perdana Menteri tidak diyakini, apa pun yang beliau buat tidak akan mendapat sokongan rakyat kerana tahap keyakinan rakyat yang amat rendah akan menyebabkan usaha kerajaan tidak berkesan. Inilah antara sebab kenapa kempen menangani Covid-19 ini tidak berjaya.

“Saya berharap penjelasan ini dapat memberi konteks yang betul dan tepat mengenai perbincangan saya dalam MKT baru-baru ini. Saya maafkan mereka yang suka memfitnah tapi saya tidak akan lupa,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial kononnya dalam mesyuarat MKT UMNO dua malam lepas, Rahman telah menyatakan UMNO akan rugi kalau Covid-19 turun dan ekonomi meningkat.

“Lalu saya dituduh kononnya saya sanggup memperjudikan keselamatan rakyat demi politik UMNO.

“Musuh UMNO suka potong ayat saya, persembahkan dalam konteks yang salah dan disalahertikan untuk mengelirukan keadaan.

“Banyak hujah saya yang lain tidak dilaporkan. Biarlah saya ambil kesempatan ini untuk menjelaskannya.

“Mesyuarat MKT baru-baru ini adalah untuk memutuskan sama ada mahu meneruskan sokongan terhadap Perdana Menteri atau tidak. Satu keputusan besar yang amat berat untuk diputuskan memandangkan ada banyak pandangan mengenai “timing” atau “masa yang sesuai” untuk berbuat demikian.

“Ini mesyuarat politik parti terbesar negara. Ini bukan mesyuarat jawatankuasa kampung atau jawatankuasa koperasi. Sudah tentu MKT akan membincangkan banyak isu besar negara secara terbuka walaupun ada isu yang sensitif, nampak kasar dan berisiko untuk disalah ertikan, terutamanya bila masa yang diberi untuk berhujah agak pendek,” ujar Rahman.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat