Daulah terpendam punca Wan Nurzila Dijadikan ‘Kambing Hitam’ PMO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri (PMO), Datuk Wan Nurzila Wan Abd Rahman yang ditamatkan perkhidmatan dianggap sebagai ‘kambing hitam’ yang telah dihakimi bersandarkan kepada latar belakang kerjayanya sebelum ini.

Susulan tindakan mendadak itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar malah mencadangkan agar PMO melaksanakan ‘overhaul’ kepada pasukan komunikasi sedia ada.

“Dalam kes Wan Nurzila sebagai Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO beliau jadi ‘kambing hitam’ sebab sekarang ramai yang sedar berkenaan kegagalan dari segi komunikasi.

“Wan Nurzila menjadi sasaran jentera komunikasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atau pro Pakatan Harapan (PH) kerana beliau ada sejarah latar belakang pernah berkhidmat bersama pemimpin-pemimpin dalam Umno sebagai contoh pernah jadi pegawai media kepada Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan juga pernah membantu operasi media Datuk Seri Najib Razak,” kata Khairy dalam podcast Keluar Sekejap yang disiarkan pada Selasa.

Menurut bekas Menteri Kesihatan itu, situasi dan nasib yang dihadapi Wan Nurzila ialah ‘deep state’ atau daulah terpendam.

“Wan Nurzila dipersalahkan kerana komunikasi lemah malah beliau tidak dilihat sebagai setia, bukan pejuang reformasi dan sebab itu beliau ditamatkan perkhidmatan.

“Saya nampak bahawa ada kelompongan koordinasi PMO berkenaan dengan komunikasi. J-KOM tak jalankan tugas sepatutnya.

“Ada Ketua Pengarah J-KOM di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Agus Yusoff asalnya jadi pensyarah sains politik.Saya tak rasa dia tahu apa dia buat mungkin dia masih rasa sebagai pensyarah, tak sesuai pegaang jawatan itu.

“Mereka kena ‘overhaul’ pasukan komunikasi PMO,” cadang beliau.

Khairy juga berpendapat PMO terlalu cepat menghakimi dan melabel justeru ia mencetuskan suasana kerja yang toksik.

“Mereka juga cepat sangat label sebab orang, ni dia pernah kerja orang ni dulu maka dia tak boleh menjalankan tugasnya dengan bagus dan Wan Nurzila jadi point ditamatklan sebab itu.

“Ini persekitaran toksik dalam PMO dan sekarang kena berubah. Jangan hakimi sejarah dan jangan mudah pandang serong,” nasihat beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat