Tiada isu ambil kesempatan

- Advertisement -

MUNCUL dengan produk makanan sendiri, selebriti dan pendakwah bebas Da’i Syed menepis tanggapan segelintir pihak yang mengatakan dia mengambil kesempatan ketika namanya menjadi bualan hangat.

Menurut Syed, 26, atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, dia sudah mula menjual makanan hasil air tangan ibunya sejak 2017 lagi.

Syed berkata, dia mengembangkan lagi perniagaan itu dengan melancarkan Asyedap Salted Caramel Chocolate Cookies selepas menerima sokongan selain dengan niat untuk membantu orang lain.

“Tiada istilah saya ambil kesempatan dengan isu yang sedang melanda. Sebenarnya ibu saya sudah biasa membuat biskut dan saya selalu bawa dan jual ketika membuat ceramah di universiti.

“Kadang-kadang dalam sebulan kami berjaya jual sebanyak 100 unit. Saya mula menjualnya pada 2017 dan 2018. Memang sudah jual lama tapi orang tak tahu dan sekarang baru saya nak komersialkan.

“Orang yang sokong dan nak jadi stokis pun ramai. Jadi, kami nak kongsi dengan semua orang. Saya pun nak membantu ramai orang terutama kaum ibu dan suri rumah yang mahu menjana pendapatan sampingan. Bukan untuk saya sendiri tapi saya juga nak bantu orang lain berniaga. Pendek kata saya nak kongsi rezeki,” katanya.

 

DA’I Syed mengkomersialkan cookies hasil buatan ibunya.
DA’I Syed mengkomersialkan cookies hasil buatan ibunya.

 

Terdahulu, nama Syed menjadi sebutan susulan pertuduhan melakukan seks luar tabii dan mencabul seorang penuntut kolej swasta pada Oktober tahun lalu. Kes masih berjalan di mahkamah sehingga kini.

Ketika ditanya sama ada gelaran Da’i yang digunakan kini masih sesuai untuk dirinya memandangkan isu yang menghimpit dirinya, Syed berkata, dia tetap akan menggunakan gelaran itu kerana ia membawa maksud dakwah.

Syed berkata, setiap individu termasuk yang bekerja sebagai wartawan, penyanyi atau peniaga berhak untuk berdakwah mengikut cara masing-masing yang bukan sekadar memberi ceramah atau tazkirah saja.

“Saya masih mengekalkan dan menggunakan nama Da’i kerana ia membawa maksud dakwah. Setiap individu berdakwah dengan cara masing-masing. Sama seperti wartawan, penyanyi, peniaga dan semua orang.

“Peranan itu bukan hanya terhad dengan tazkirah dan ceramah semata-mata sebaliknya ia juga boleh disebarkan menerusi kebaikan,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat