Grohl tulis buku biografi

- Advertisement -

PASTINYA ini berita baik buat peminat Nirvana dan Foo Fighters.

Dave Grohl yang cukup dikenali sebagai pemain dram Nirvana dan penyanyi serta pemain gitar Foo Fighters kini bekerjasama dengan syarikat penerbitan Dey Street Books bagi menerbitkan buku biografinya berjudul The Storyteller.

Buku yang ditulis sendiri oleh Grohl itu dijangka berada di pasaran pada 5 Oktober tahun ini. Difahamkan, apa yang dikongsikan Grohl dalam buku itu adalah perkara-perkara yang menjadikan dia seperti yang kita kenali hari ini.

Ketika kebanyakan daripada kita banyak menghabiskan masa di rumah sepanjang tempoh penularan Covid-19 sejak lebih setahun lalu, Grohl menggunakan kesempatan itu untuk menulis buku biografi pertamanya itu.

Dia mula menulis apabila Foo Fighters diminta membatalkan konsert jelajah dunia berikutan penularan Covid- 19 di seluruh dunia.

GROHL (kanan) ketika menjadi pemain dram Nirvana.
GROHL (kanan) ketika menjadi pemain dram Nirvana.

 

Berita sedih itu turut mendorong Grohl mewujudkan akaun Instagram @davetruestories di mana dia berkongsi beberapa kisah menarik mengenai karier muziknya dengan peminat.

“Setiap kali saya memuat naik cerita berkenaan di Instagram, saya dapat rasakan satu perasaan yang sama ketika saya membuat persembahan di depan penonton. Jadi, saya terus menulis,” katanya.

Grohl berkata, respons daripada pengikut dan pembaca di Instagram sama seperti sorakan dan tepukan yang diterimanya ketika mengadakan konsert sebelum ini.

“Jadi, saya kumpulkan semua pengalaman hidup saya merangkumi perkara yang luar biasa, susah, kelakar dan beremosi. Saya berasakan inilah masanya untuk saya kumpulkannya dalam sebuah buku,” katanya.

Buku biografi The Storyteller juga mengandungi cerita dan refleksi muzik terhadap kehidupan Grohl.

Menurut Dey Street Books, pembeli buku ini bakal membaca cerita-cerita hebat mengenai Nirvana, Foo Fighters, David Bowie, Joan Jett, Iggy Pop, Paul McCartney, Grohl bermain dram untuk Tom Petty di program Saturday Night Live, membuat persembahan di Rumah Putih termasuklah menari bersama AC/DC.

SELEPAS pembubaran Nirvana, Grohl (dua dari kiri) menubuhkan Foo Fighters sebagai penyanyi dan pemain gitar.
SELEPAS pembubaran Nirvana, Grohl (dua dari kiri) menubuhkan Foo Fighters sebagai penyanyi dan pemain gitar.

Walaupun peminat terpaksa menunggu sehingga 5 Oktober ini untuk membaca buku berkenaan, tetapi Grohl sudah mengeluarkan rakaman audio mengenai kisah permulaan buku itu.

Walaupun The Storyteller adalah buku biografi tulisannya yang pertama, tetapi Grohl turut berpengalaman menulis dalam buku From Cradle to Stage: Stories from the Mothers Who Rocked and Raised Rock Stars.

Buku itu ditulis ibunya, Virginia Grohl yang menulis mengenai ibu-ibu yang melahirkan bintang muzik popular seperti Pharrell Williams, Amy Winehouse dan Dr Dre.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat