Kecoh baju raya Amyza Aznan tertinggal

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Amyza Aznan mencetuskan ‘kekecohan’ apabila persalinan baju raya bagi menjayakan program Melodi Raya 2021, semalam, tertinggal di rumah.

Amyza berkata, dia hanya menyedari perkara itu apabila sampai di lokasi penggambaran yang terletak di Telok Panglima Garang, Selangor.

“Kebetulan saya ada penggambaran di lokasi lain, jadi kebiasaannya memang akan siapkan semua barang dalam kereta. Apatah lagi sebelah malam ada sesi latihan bagi program lain pula. Saya fikir senang sekali jalan.

“Jadi, saya ingatkan baju untuk Melodi Raya sudah diletakkan dalam kereta. Saya dengan penuh yakin pun pergi saja. Sampai saja di lokasi dan nak tukar baju, rupa-rupanya baju tertinggal di rumah. Memang menggelabah. Sementara rakan artis lain yang slot bersama sudah sampai dan siap iaitu Didie Alias dan Lana Nodin,” katanya.

Amyza berkata, tanpa berfikir panjang dia meminta bantuan rakan baiknya, Didie pergi mencari butik pengantin untuk membuat pinjaman baju.

“Kebetulan Didie sudah sampai, saya terus minta pertolongan dia untuk carikan mana-mana butik pengantin berdekatan untuk pinjam baju. Nasib baiklah ada Didie dan suami dan kami bergegas untuk mencari penaja di sekitar Banting dan Sijangkang.

“Saya pula memang sudah siap mekap, tapi baju pula tidak ada. Memang huru-hara juga dibuatnya. Lega apabila pekerja di butik pengantin Butik Andaman, Banting sudi menaja walaupun pada saat akhir. Terima kasih saya ucapkan pada Didie, suami dan butik berkenaan.

“Terima kasih juga kepada penerbit dan pasukan Melodi Raya 2021 kerana memahami situasi saya ketika itu. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar,” katanya.

Melodi Raya 2021 menampilkan hos Awal Ashaari dan Janna Nick serta barisan artis jemputan popular dan sensasi.

Selain Amyza, artis lain terbabit antaranya Didie Alias, Lana Nodin, Aina Abdul, Ernie Zakri, Syamel, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Zara Zya dan ramai lagi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat